Baru menjengah setahun usia perkahwinan, Shakilla Khoriri bersyukur atas ketentuan rezeki yang dikurniakan kepadanya sekeluarga.
Luahnya, walaupun telah merancang untuk ‘bercinta’ dengan suami dalam tempoh awal perakhwinan sebelum muncul permata hati baru, bintang berkenaan syukur atas rezeki zuriatnya.
“Tahun lepas baru merasa sambut puasa dan raya jadi isteri orang.
“Eh….tahun ni dah bertiga.
“To be honest, lepas kawin memang kitaorang plan nak dating puas2 setahun than baru plan nak baby.
“Tapi kehendak dan rezeki Allah tak siapa boleh jangka.
Rupanya peraturan Allah lebih baik dari aku rancang.SYUKUR.
“Lagi berapa hari nak Ramadan.
Excited.
Tapi aku tahu akan penuh dugaan dan cabaran dengan Ameena.
Aku harap Ameena jadi good girl nanti kalau tak mau aku telan dia.”
Aktres ini turut mengajak netizen sama-sama membersihkan hati dan memaafkan semua orang sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi.
“Anyway kita sama2 bersihkan hati,
maafkan semua orang.
Cuci hati sebersihnya.
Lihat kesalahan sendiri,
perbetulkan.
Aku tidak lah nak mengajar cuma kita sama2 lah buat untuk kebaikan diri sendiri,” tulisnya.
Pelakon dan pengacara Nabil Ahmad telah mendedahkan secara ekslusif nama anak ketiga perempuannya secara langsung di program MeleTOP sebentar tadi.
Kongsi Nabil, nama anaknya itu mempunyai maksud yang baik.
“Dengan ini saya akan umumkan nama anak perempuan saya yang ketiga iaitu Mishall Imani binti Ahmad Nabil bermaksud Cahaya Keimanan. Alhamdulillah, ” kata Nabil ringkas.
Perkongsian tersebut nyata membuatkan para peminatnya teruja dan ternanti-nanti.
Terdahulu, isterinya, Zira Ayub telah selamat melahirkan Mishall secara pembedahan pada 24 April lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.
Aktor, Syafiq Kyle tidak menafikan kontroversi yang dihadapinya sebelum ini banyak membantu menaikkan namanya hingga ke tahap sekarang.
Menurutnya, tuhan itu maha adil dan dia terima sahaja apa yang diberikan sama ada baik ataupun buruk.
“Tuhan itu maha adil. Dia berikan kita dugaan sebesar kapal atau sampan je tapi nikmat yang diberikan itu seluas lautan.
“Saya perlu terima sahaja apa yang Dia beri sama ada baik atau buruk. Segalanya daripada Dia juga,” katanya kepada MH.
Pada malam Anugerah Meletop Era 2019 lalu yang berlanngsung di Axiata Arena itu, Syafiq membolot tiga anugerah iaitu Fesyen Meletop, Pelakon TV Meletop dan Bintang Filem Meletop.
Sementara itu, tanpa berselindung, bekas finalis Hero Remaja ini juga tidak menolak seandainya tahun ini merupakan tahunnya untuk menyinar sebagai anak seni.
“Kalau rezeki itu dah ditetapkan tahun ini sebagai tahun saya, saya terima dan akan buat yang terbaik.
“Saya akan bagi performance yang lebih baik sebab saya yang pilih jalan ini daripada dulu.
“Jadi saya kena harungi setiap dugaan, kontroversi atau nikmat yang sebegini dengan hati yang gembira,” katanya mengakhiri perbualan.
Aktres Maya Karin tampil mempertahankan rekaan kostum-kostum duyung yang digunakan dalam filem terbaharu Duyung: Legenda Aurora, susulan kritikan segelintir pihak selepas video trailer filem tersebut tular di platform media sosial.