Uncategorized

[VIDEO] “Miss Me Every Time Okay!,” – Fattah Amin Kongsi Video Bakal ‘Tinggalkan’ Fazura, Sayunya!

Share

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura sangat sinonim dengan pasangan paling serasi dan saling mencintai.

Terbaru, Fattah telah memuat naik sebuah video di Instagram yang memaparkan detik untuk ‘berpisah’ dengan isteri yang ingin ‘terbang’ ke New York atas urusan kerja malam tadi.

Video berdurasi satu minit itu memaparkan Fazura dalam keadaaan sebak dan cuba untuk mengawal perasaan sedih ketika mahu berpisah dengan suaminya buat sementara waktu.

Berlatarbelakangkan lagu duet nyanyian mereka, Hero Seorang Cinderella, video tersebut turut memberi kesan buat netizen.

Siapa tak sayang isteri kan? Nak berpisah sekejap pun dah rindu, apatah lagi ‘terbang’ ke New York untuk beberapa hari.

Apa-apa pun, semoga Fazura selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air semula ya!

Video : IG Fattah Amin

IKLAN