Uncategorized

[VIDEO] Michael Ang Luah Cabaran Berpuasa Tengah Panas, Rakan Artis Beri Sokongan

Share

Bulan Ramadan merupakan bulan di mana seluruh umat Islam akan menjalani ibadah berpuasa.

Namun begitu jika dilihat terdapat beberapa artis di negara kita yang bukan beragama Islam juga turut mengambil peluang untuk berpuasa bersama.

Pengarah popular, Michael Ang merupakan salah seorang selebriti yang berpuasa pada tahun ini.

Semalam Michael ada memuat naik satu video meluahkan cabarannya berpuasa di hari yang kedua.

Katanya semalam merupakan hari yang mencabar buatnya kerana terlibat dalam sesi penggambaran di tengah panas.

“Cabaran puasa Hari ke 2. Setakat ni masih puasa lagi!,” tulisnya di ruang kapsyen.

Rentetan daripada perkongsiannya ini, ada beberapa rakan artis yang memberi sokongan untuknya bersabar dan menahan segala cabaran tersebut.

Malah bukan sahaja rakan artis tetapi para netizen juga turut memberi sokongan kepada Michael.

zeraen.s: Hahahahah bolehh tuuuu bolehhhhhh sabar jeeeee michaell

jasminhasnan: Kalau da puase 2 hari da kire okey la tu… Hari2 seterusnye boleh bertahan lagi… Tips tok tahan lapar dan bertenage sepanjang berpuase susu segar dengan kurma… Blendkan susu segar dgn kurma,minum waktu sahur insyAllah kenyang… Kurma tu ambik 5 biji jea tapi kalo nak ambik lebih pon xpe… Gud job michael ?

deeyanaamansor: Jangannnnnnnn. Skit jeee lagiii.. nanti rugii penat je posee

Sumber: Instagram Michael Ang

IKLAN