Pengarah terkenal, Jinggo yang juga merupakan suami kepada Sheila Rusly hari ini memuat naik satu entri di laman Instagramnya berikutan drama arahannya, Leftenan Zana mendapat kritikan netizen.
Katanya, dia menerima semua kritikan netizen secara positif dan memperbaiki mana yang ‘kurang’ selepas ini dalam drama tersebut.
“Assalamualaikum Malaya. Good day Geng Tok Sidang Semalaya…di mana saje komer berade..#cerekatoksidang tengahari yang paneh ni pasei PEMBAKAR SEMANGAT!!!!!!
“Nama teman Azman Yahya.. Orang pilem panggei teman Jinggo.. kat ig..nama teman Tok Sidang Malaya.
“Kalau komer tujukan komen mengkomer pada #leftenanzana teman akan jadikan pembakar semangat dan cuba beri kelainan cerita tentera pembuka layar 2019 ni.
“Terima kasih komer untuk semangat datangnye dari ORANG MELAYU UNTUK ORANG MELAYU!
“Bukan senang mau jadi senang, bukan susah mau jadi susah, biar susah sebelum senang, bila susah senang jadi susah.
“Senang senang senang jadi susah, susah susah susah jadi senang, susah senang senang jadi susah, senang susah susah jadi senang.
“Day 11 #leftenanzana- tv3 Pembuka layar 2019. Mua aha hadoiii makk aiii tercabar lak Tok Sidang ni, Hunhuuuuuuuu…Ha haaaaaaa,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/BmsBWmEl68t/?taken-by=jinggo_jspictures
Susulan itu, MH lihat ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Jinggo meminta agar dia mengabaikan segala komen negatif itu.
Alahai, bertabahlah Jinggo. Mungkin mereka masih belum sampai mood lagi untuk memahami jalan cerita drama itu. Apa-apapun, yang penting masih ramai yang memberikan sokongan Jinggo! All the best!
Foto/Instagram: Tok Sidang Jinggo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI