Categories: Uncategorized

[VIDEO] “Lagu Saya Mampu Bidas ‘Mambang’,”- Ben Ladin

Share

Penyanyi cilik, Ben Ladin yang viral menerusi lagu ‘Hikayat Ben Ladin’ percaya akan kemampuan lagunya itu untuk membalas lagu ‘Mambang’ nyanyian penyanyi senior, Altimet.

Katanya, lirik hasilan Malique itu juga punyai makna tersirat.

“Pada saya lagu ini mampu untuk membalas lagu ‘Mambang’. Sebab dia tidak guna bahasa terus sebab kita tahu Abang Malique tulis lirik bahasanya banyak tersirat,” katanya ketika dipetik menerusi temubual bersama Radio THR Gegar.

Tambah Ben Ladin, dia juga tidak mahu untuk campur tangan diatas apa yang telah berlaku diantara kedua-dua penyanyi tersebut.

Terdahulu, Hikayat Ben Ladin ciptaan Malique dan Dedeq telah mendapat lebih daripada lima juta tontonan di Youtube selepas lebih sebulan ia ditayangkan.

Video/Foto: Youtube & Carian Google

IKLAN