Uncategorized

[VIDEO] Lagu Baru Sufian Deep & Sedih Buat Netizen Tersentuh!

Share

Seperti yang kita semua tahu di dalam Melodi semalam Elfira Loy ada menitiskan air mata saat menjelaskan tentang hubungannya bersama bekas tunang, Sufian Suhaimi.

Memang tersentuh dengan setiap kata-kata Elfira, nampak Elfira seorang anak yang baik mengikut serta mengutamakan pandangan ibu bapanya.

MH sangat bersimpati atas apa yang terjadi kepada mereka berdua namun mendoakan yang terbaik buat masing-masing.

Dalam pada itu, baru-baru ini ada netizen kongsikan lagu terbaru yang dikongsikan sendiri oleh Sufian melalui Instagram Live.

Aduh, menitis air mata jugaklah dengar setiap bait-bait lirik Sufian seperti dalam sungguh maknanya.

Lagi pula kisah mereka masih hangat diperkatakan seakan kena dan relate dengan kisah mereka walaupun kesahihan jalan cerita itu belum tentu ada persamaannya.

Tidak dinafikan juga arrangement lagu itu juga agak sedap untuk didengari. Tak sabar rasanya nak dengar yang official mesti lagi deep!

Malah ramai juga netizen yang turut merasa kesedihan yang berlaku kepada diri Sufian dan memberi kata semangat kepada penyanyi ini.

Tetapi memang betul, bila ingat semula Elfira menangis dan dengar pula lagu ini MH rasa memang tersentuh.

Tidak hairanlah ramai yang turut rasa kesedihan itu apabila mendengar lagu ini.

Okay tak nak cakap banyak, korang dengar sendiri lagu ni….

 

IKLAN