Kehadiran dua kumpulan Kpop popular dari YG Entertainment iaitu Winner dan Ikon ternyata sangat dinanti oleh peminat di Malaysia.

Apa taknya, walaupun konsert grup tersebut bakal berlangsung pada 13 dan 14 Oktober namun MH difahamkan sudah ada beberapa ‘fan project’ diwar-warkan di media sosial.

Antaranya adalah ‘fundraising project’, ‘Photobook project’, ‘Coffee Truck Project’ dan lain-lain. Semua ini dilakukan khas untuk idol-idol kesayangan mereka.

[VIDEO] Konsert Lagi 3 Minggu, Tapi Dah Macam-Macam Plan Fans Buat Demi Idol Kpop Tersayang!

IKLAN

Wow! MH kadang-kadang kagum dengan peminat-peminat Kpop yang sanggup berhabis duit demi idol mereka. Malah, ada juga peminat yang sanggup berada di kawasan konsert seawal jam 7 pagi semata-mata untuk mendapat tempat terbaik semasa konsert.

Dalam pada itu, MH difahamkan tiket-tiket juga kini semakin laju ‘berkurangan’ malah ada zon yang kini telah pun habis dijual.

IKLAN

Tiket di zon hijau (RM373) dan zon biru (RM273) untuk kedua-dua malam telah habis dijual. Yang tinggal kini adalah tiket di zon iKONIC/Inner Circle (RM693), zon merah (RM673), zon kuning (RM573) dan zon ungu (RM483).

Dibawakan oleh MacPie Pr,o konsert Ikon 2018 Continue Tour In Kuala Lumpur dan Winner 2018 Everywhere Tour In Kuala Lumpur bakal menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam pada jam 6 petang pada 13 dan 14 Oktober nanti.

Foto: Carian google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI