Uncategorized

[VIDEO] Kongsi Debaran Menanti Waktu Bersalin, Lana Nordin Mohon Doa Orang Ramai

Share

Menanti detik untuk melahirkan bayi menjelang beberapa bulan sahaja lagi, Lana Nordin telah berkongsi sebuah video di Instagram.

Video berdurasi satu minit itu menyaksikan Lana yang tampil tanpa solekan memohon doa orang ramai agar proses kelahiran anaknnya itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah semuanya selamat dan baik2 belaka dan hari ni dpt discharge setelah di monitor 24 jam….dan harapakan lana doakan lana dan kandungan semoga sihat sampai pada masanya… Amin,” tulisnya. 

Susulan itu, netizen turut mendoakan agar proses kelahiran anak keduanya itu berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya.

Usia kandungan Lana kini sudah mencecah enam bulan dan difahamkan kandungan tersebut merupakan bayi lelaki.

Video : Instagram Lana Nordin

IKLAN