Ads

[VIDEO] Kerana Kecewa, Gadis Ini Mengupah Seorang Lelaki RM61 Rakam Detik Terakhirnya!

Oleh kerana terlalu kecewa kerana sering bergaduh dan putus dengan kekasihnya, seorang gadis berasal dari Thailand bertindak luar dari jangkaan apabila menerjun jambatan beberapa hari lalu.

Gadis yang dikenali sebagai Nitaya telah membuat ramai netizen terkejut dan tergamam melihat perbuatannya itu melalui laman Facebook.

MH difahamkan gadis ini telah mengupah seseorang untuk merakam detik terjun bangunannya melalyi FB Live.

Memetik laporan The Nation, kejadian tersebut telah berlaku kira-kira jam2 pagi di Jambatan Rama, Bangkok kerana masalah cinta.

Melalui rakaman tersebut gadis itu kelihatan seperti mabuk dan turut menyanyikan lagu perpisahan sambil memanjat penghadang jambatan dan terus terjun ke dalam sungai.

Perkara ini di sedari oleh polis peronda apabila terlihat sebotol minuman keras, telefon bimbit dan kad pengenalan di tepi jambatan.

Ads

Walaubagaimanapun, mayat mangsa dijumpai setelah beberapa hari menjalankan misi mencari.

MH difahamkan, gadis ini telah mengupah lelaki tersebut sebanyak Bt500 (RM61) untuk duduk bersamanya sehingga detik terakhirnya di jambatan tersebut.

Melalui hasil siasatan, lelaki terbabit telah memberi kerjasama bersama pihak polis dan memberitahu dia sangat terkejut dengan tindakan gadis itu.

Ads

Malah dia menambah, gadis tersebut kelihatan sangat sedih dan mengakui seolah-olah sedang putus cinta namun dia langsung tidak menyangka mangsa akan terjun seta merta.

Mangsa dikatakan terkapai-kapai di air sehingga lenyap masuk ke dalam sungai.

Video ini menjadi viral dan hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Ads

https://www.facebook.com/pancar.warna.18/videos/337606450052818/

 

https://www.facebook.com/pancar.warna.18/videos/337606570052806/

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Oscar 2026: ‘One Battle After Another’ Menang Besar, Michael B. Jordan...

Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya
error: Hello. Cannot.