Categories: Uncategorized

[VIDEO] “Kecut Perut Tengok Wei,”- Netizen Kagum Bila Erma Fatima Duduk Di Tebing Menara KL!

Share

Umur bukanlah penghalang bagi pelakon dan pengarah Erma Fatima untuk melakukan aksi ekstrem iaitu duduk di tebing Menara Kuala Lumpur. 

Meskipun sudah mencecah usia 50 tahun, namun pelakon drama bersiri Mok Cun itu telah mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik beberapa video di Instagramnya.

Bukan hanya sekadar mengisi kekosongan untuk melalukan aktiviti itu, Erma bersama adiknya, Datin Seri Umie Aida telah menyertai satu program sempena KL Tower International Jump Malaysia 2018.

 

Justeru itu, netizen amat kagum dengan kekuatan fizikal dan mental Erma yang masih kuat meskipun berada pada ketinggian 300 meter. 

 

Wah! Hebat lah Kak Erma kita ni, kan? Keep calm and steady! 

Video : Instagram Erma Fatima/ Umie Aida

IKLAN