Kecoh sejak semalam apabila satu video viral di laman media sosial baru-baru ini memperlihatkan seorang wanita menari seperti ‘dirasuk’ namun lain pula cerita sebaliknya.
Melihatkan komen-komen di ruangan Twitter, kelihatan ramai yang mempersendakan cara tarian wanita itu, malah ada juga yang menggunakan video itu sebagai alat untuk menakut-nakutkan anak kecil supaya mendengar kata.
perempuan tu dah macam kena rasuk dah menari mcm tu ? https://t.co/FkkZ4BQ5eT
— Firdaus (@mfirdausy4) August 27, 2018
Teater paling deep sekali. Siapa gelak dosa.
RT untuk “Jeng Jegejeng Jeng, Jeng Jeng“ bersama-sama pic.twitter.com/6iMBtpTsyy
— PU ℕ???? ℙ???? (@NasirPasir) August 27, 2018
— faris (@farisbaharin) August 27, 2018
Bagaimanapun, MH difahamkan bahawa tarian di dalam video tersebut adalah salah satu tarian dalam persembahan teater Kembang Layarku di program Selamat Pagi Malaysia.
Penjelasan dilakukan oleh pemilik dan pengasas Sanggar Teater, Fauziah Nawi mengatakan bahawa teater itu telah pun berlangsung pada hujung Julai lalu, namun dia tidak menyangka bahawa video itu akan viral lewat bulan ini.
Dia yang juga merupakan pengarah artistik teater itu menjelaskan bahawa setiap gerak tari yang dipersembahkan itu mempunyai maksud yang mendalam.
“Mereka rasa itu jenaka, tapi sebenarnya banyak emosi dipertontonkan. Itu cuma sebahagian saja. Kalau mereka tonton pementasan penuh, mesti mereka faham.
““Gadis yang membuat persembahan dalam video itu namanya Nurul Syuhada A’zmi. Dia antara pelajar baru di Sanggar Teater dan baru beberapa bulan menyertai kami,” katanya kepada Harian Metro.
Alahai, kalau dilihat video yang viral itu memang kelihatan pelik betul, namun setelah membaca penjelasan ini barulah MH faham maksud tersurat dan tersiratnya.
Harapnya, dengan penjelasan ini, orang ramai tidak lah berfikir yang bukan-bukan lagi ya!
Foto: Twitter
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI