Uncategorized

[VIDEO] Kantoi Smule & Pecahkan Pinggan, Hukuman Erma Fatima Kepada Maid Buat Orang Terhibur

Share

Aduh lucu pula MH melihat posting pengarah serta pelakon Mak Cun, Erma Fatima apabila berkongsi tentang orang gajinya.

Bukan sahaja kantoi bersmule sewaktu ketiadaannya di rumah, tetapi orang gajinya itu turut melakukan kesalahan apabila memecahkan pinggan milik Erma.

Marah dan geram dengan apa yang terjadi Erma memberi hukuman kepada mereka berdua agar tidak mengulangi kesilapan.

Bagaimanapun hukuman tersebut pada mulanya agak menakutkan apabila Erma bertanya kepada mereka apakah seharusnya dilakukan?

Adakah memberi hukuman seterika atau menyiram air panas?

Namun semua itu hanya sekadar usikan, sebenarnya Erma meminta mereka menari dangdut di hadapannya.

Okay tak nak cakap banyak korang lihat sendiri video ini, memang melucukan betul! Lagi-lagi bila baca kapsyen Erma.

IKLAN