Uncategorized

[Video] Judika Nyanyi Lagu ‘Sunny’ Versi Dangdut Dapat Pujian Netizen

Share

Umum mengetahui bahawa nyanyian penyanyi dari negara jiran, Judika sememangnya menusuk kalbu terutamanya lagu yang ‘tangkap leleh’.

Namun, siapa sangka disebalik suara yang begitu ‘powerful’, Judika juga boleh menyanyikan lagu dangdut dengan baik sekali.

Baru-baru ini, Judika diminta untuk menyanyikan lagu Bunga Cinta Lestari bertajuk ‘Cinta Pertama (Sunny)’ dalam program Indonesian Idol baru-baru ini.

Dia terlibat di dalam program tersebut sebagai salah seorang juri.

Pada mulanya, dia menyanyikan dengan baik, namun di tiba-tiba iramanya bertukar menjadi versi dangdut.

Apa yang memeranjatkan MH apabila lenggok nyanyian lagu tersebut yang ditukar versi dangdut kedengaran kena dengan nyanyian Judika itu.

Dalam pada itu, nyanyiannya itu turut mendapat sokongan daripada penonton yang hadir, para juri dan juga Bunga Cinta Lestari yang turut berada di program tersebut. Di ruangan komen, ramai yang mengatakan bahawa suara Judika memang ‘power’.

MH difahamkan bahawa ini bukanlah kali pertama Judika diminta menyanyi di dalam program tersebut, sebelum ini juga ada lagu-lagu yang dinyanyikannya semasa memberikan komen kepada para peserta.

Apa-apapun, memang sedap nyanyian Judika, mungkin lepas ini boleh cuba buat lagu versi dangdut?

IKLAN