Uncategorized

[VIDEO] Istana Datuk Seri Aliff Bocor, Banjir, Habis perabut Mahal!

Share

Aduh MH panik tengok video keadaan Rumah Datuk Seri Aliff syukri baru-baru ini.

Macam-macam dugaan betul yang menimpa pengasas kosmetik ini.

Dari kes anak hilang hinggalah kes terbaru salah satu bilik di dalam rumahnya ditengelami air.

Lebih mencemaskan bila melihat reaksi Aliff yang panik menyelamatkan barangan-barangan di dalam bilik tidurnya.

MH difahamkan Abang Terlajak Laris ini sedang berehat di bilik tidurnya tiba-tiba air turun dari atas dan mencurah bagaikan air terjun, kerana terlalu panik, Aliff terjatuh ketika meminta bantuan!

Perghhhh ini bukan boleh dibuat main kalau sampai air melimpah keluar dari bumbung.

MH tak boleh bayangkan macam mana jadinya kalau kita berada di situasinya kan?

Sudahlah perabut harga juta-juta! Apa pun MH doakan semoga semuanya selamat dan Datuk Seri Aliff dalam keadaan selamat bersama keluarganya!

IKLAN