Uncategorized

[VIDEO] Hmm… Faiz Roslan Rakam Masuk Guna Tandas OKU Pula

Share

Ibarat tidak pernah serik dengan kecaman yang diterimanya sebelum ini, Faiz Roslan kembali menjadi buah mulut apabila videonya ‘menggunakan’ tandas OKU tersebar di media sosial, sejak semalam.

Dalam video berdurasi 40 saat itu menyaksikan Faiz membuka pintu tandas Orang Kurang Upaya (OKU) dan mengatakan bahawa tandas itu hanyalah kepada golongan LGBT sahaja.

Dia kemudiannya menegaskan bahawa tandas OKU itu memang khas kepada golongan LGBT apabila menolak ‘rakannya’ yang sedang merakam itu dengan mengatakan ‘untuk LGBT jelah’.

Dipercayai, tandas yang digunakan Faiz itu adalah di sebuah pasar raya.

 

Bagaimanapun difahamkan, video tersebut telah pun dipadam menerusi media sosial miliknya. Yang pasti, tindakannya itu menimbulkan reaksi pelbagai netizen.

Foto/video: Carian Google

IKLAN