Categories: Uncategorized

[VIDEO] Hannah Delisha Berjoget #3BearsSongsChallenge, Buat Orang Ramai Rasa Geram La Pulak!

Share

Pelakon Hannah Delisha telah memuat naik sebuah video di akaun Instgramnya dengan gaya comel dan manja.

Video tersebut telah dikongsikan pelakon filem Langsuir itu apabila dia telah dicabar oleh ahli kumpulan De’Fam, Cik Manggis untuk membuat #3bearssongschallenge.

“Hi guys! U all semua tengok kan episode 10 tadi Hannah ada nyanyi 3 bears song kat nenek Faliq?

 

Now Hannah nak start buat #3bearssongchallenge and Hannah nak challenge @cikmanggis untuk buat next,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video tersebut telah mendapat hampir 400,00 tontonan dengan komen yang pelbagai dari netizen yang menganggap Hannah seorang yang comel dan ada juga yang berasa ‘geram’ selepas menonton video tersebut.

Memang tak dapat dinafikan lagi pelakon berdarah kacukan Inggeris-Melayu ini sangat comel dan mempunyai personaliti tersendiri.

Dalam perkembangan lain, Hannah kini sedang menjalani pengambaran untuk drama Alamatnya Cinta.

Video : IG Hannah Delisha

IKLAN