Uncategorized

[VIDEO] ‘Hahaha Repeat 100x Dah Video Ni’ – Sultan Johor Bawa Motor Bonceng Permaisuri Curi Perhatian Netizen

Share

Terhibur hati MH melihat gelagat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menunggang motorsikal sambil membonceng Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Aksi Sultan Ibrahim menunggang motorsikal ini telah dikongsikan oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menerusi akaun Instagram miliknya.

Video tersebut bukan sahaja membuat MH terhibur malah ramai netizen yang turut terhibur melihat gelagat Sultan Ibrahim yang sangat sporting.

missmoody19: Manis memandang hubungan mesra sultan dan sultanah Johor. Daulat Tuanku.

arellnayos87: Wow… Kelakar tuanku… Haply sgt

ainmasturafathil: Hahaha repeat 100x dh vdeo ni.? salute ?

Apapun MH seronok melihat kasih sayang yang begitu erat antara Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah.

Semoga kasih sayang antara Tuanku dan Permaisuri berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber: Instagram Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim

IKLAN