Pelakon Maya Karin telah dijemput sebagai tetamu jemputan di program MeleTOP malam tadi bersama pelakon filem Munafik 2 iaitu Naseer Bilal Khan dan Syamsul Yusof.
Bagaimanapun, situasi menjadi panik apabila pelakon asal German itu mulai loya, seterusnya meninggalkan program tersebut.
Menerusi video berdurasi satu minit itu, Maya yang berasa mual dan loya itu membuatkan penonton termasuk pengacara program tersebut, Nabil dan Neelofa menjadi panik.
Tetamu jemputan, Syamsul dan Naseer turut merasakan perkara yang sama dan riak wajah mereka benar-benar risau akan kesihatan Maya.
Namun, ia hanyalah gimik semata-mata yang dilakukan Maya untuk menarik perhatian ramai bagi mempromosikan filem arahan Syamsul Yusof itu.
Lalu, netizen telah memberi pujian kepada Maya kerana gimiknya itu telah ‘berjaya’ membuat orang ramai terkejut dan panik.
Kalau dah pelakon hebat, semua perkara yang dilakukan ‘menjadi’ termasuk gimik yang dilakukan Maya. Tak gitu?
Apa-apa pun tahniah buat Maya kerana ‘lakonan’ yang mantap.
Video : Instagram MeleTOP
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI