Uncategorized

[VIDEO] Giliran Siti Sarah ‘Balas Dendam Pada Shuib’, Sumpah Kelakar!

Share

Jika sebelum ini viral video penyanyi Siti Sarah yang ‘ditinggalkan’ suami akibat asyik membuat #kekechallenge di luar kereta, kali ini giliran Sarah pula melakukan perkara sama buat suaminya itu.

Tidak hanya berdiam diri, penyanyi yang popular dengan lagu Semakin itu akhirnya ‘membalas dendam’ terhadap suaminya.

Video tersebut ada dimuatkan penyanyi itu menerusi entri di Instagram.

 

“Apa mcm? Ini baru permulaan.. Sila hadam ya @shuibsepahtu,” tulisnya.

Video berdurasi 1 minit itu menyaksikan Sarah membalas dendam terhadap Shuib yang sekaligus membuatkan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan tersebut

Barulah kena dengan perumpamaan, ada ubi ada batas kan? Yang penting, suami isteri ni memang sporting habis! 

Video : Instagram Siti Sarah

IKLAN