
Kanak-kanak cilik, Yusuf Iskandar kali ini tampil dengan aksinya yang mencuri perhatian ramai.
Kisahnya, Hairul Azreen sedang merakam video secara diam-diam aksi Yusuf yang jalan ‘senget’ apabila dipanggil Hanis Zalikha untuk mengambil barang di dalam beg.
Namun, Yusuf sudah pun memakai kasut.
Gara-gara tidak mahu mengotorkan permaidani di bahagian ruang tamu, Yusuf ada cara tersendiri dengan cara berjalan ‘senget’.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi lucu yang dilakukan Yusuf dengan cara spontan.
![[VIDEO] Gara-Gara Tidak Mahu Pijak Karpet, Yusuf Iskandar Jalan 'Senget'. Ramai Terhibur! 7 [VIDEO] Gara-Gara Tidak Mahu Pijak Karpet, Yusuf Iskandar Jalan ‘Senget’. Ramai Terhibur!](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/08/WhatsApp-Image-2019-08-30-at-11.13.06-AM.jpeg)
Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 tahun dan Alisa Aisyah, 2 bulan.
Foto / Video ” Instagram Yusuf Iskandar/ Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




