“Siapa Ingat intro ni?? Hahah…. well , still fresh dalam Ingatan saya walaupun dah 15 tahun yang lalu.
“Sebab saya membesar dengan cerita ‘Puteri’ ni , mana tak nya , 6 tahun berlakon untuk 10 seasons Di tv3.
“Lama tu. Crew, actors dah macam keluarga saya dah ?Cita ni la buat saya start dalam dunia lakonan. Thanks to abg @azizmosman,” tulisnya.
Ads
Melihat di ruangan komen rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian Nora itu.
Drama tersebut ternyata menggamit memori zaman remaja pelbagai pihak.
Ads
Siapa je yang tidak kenal dengan drama Putri ni? Drama ini ternyata menjadi fenomena dikalangan remaja satu ketika dulu dan turut mengangkat nama Nora Danish didalam industri hiburan tanah air.
Sumber: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi petikan artikel yang menyiarkan keadaan di Jepun selepas menamatkan perintah berkurung.
Menerusi laporan, pulau di utara Jepun dilanda gelombang kedua dalam tempoh seminggu dengan mencatatkan 135 jangkitan Covid-19 selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.
Hokkaido, yang menamatkan perintah berkurung pada 19 Mac lalu bagi membolehkan perniagaan dan sekolah beroperasi, kini mengisytiharkan darurat kecemasan.
“Tak pandai cakap omputihlah. Boleh yg bijak pandai tolong terjemahkan dan bagi tau kat orang atasan please,” kongsinya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei dan tertakluk kepada syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Foto : Instagram Aznil Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat hos, Dayah Bakar yang telah pun selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, pada jam 2.23 petang pada Isnin.
Bagaimanapun, kelahiran anak sulung itu tidak dapat disaksikan suami, Muhammad Hanif Hamidi yang ketika ini bertugas di Australia.
Memetik Berita Harian, Hanif tidak dapat kembali ke Malaysia berikutan penularan COVID-19. Beliau merupakan pegawai tentera berpangkat kapten yang berkhidmat di sana demi negara.
Bercerita mengenai perkara itu, pemilik nama lengkap, Nurhidayah Abu Bakar ini ada membuat panggilan video bersama suami bagi berkongsi perkembangannya, termasuk beberapa jam sebelum bersalin.
Terdahulu, Dayah yang selamat melahirkan anak mereka secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Damansara Setia, Petaling Jaya, ditemani ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak dan anak saudara.
“Sebelum ini, saya fikir, pengalaman ini dapat dikongsi bersama suami di mana kami sama-sama meraikan kelahiran anak sulung. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.
“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya,” jelasnya.
Dayah pada masa sama turut menyifatkan dirinya bertuah kerana tetap mendapat sokongan insan tersayang sepanjang proses melahirkan.
“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata.
“Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya lagi seperti yang dipetik.
Sementara itu, Dayah turut memberitahu dia akan berkongsi wajah serta nama anak kesayangannya itu selepas tujuh hari
“Alhamdulillah, semuanya lancar dan dipermudahkan. Insya-Allah, foto dan nama anak akan saya kongsi selepas tujuh hari,” katanya.
Dayah mendirikan rumah tangga dengan dengan Muhammad Hanif pada Jun 2018.
Sebelum ini menerusi Instagram, Dayah turut menyatakan dia dan anak yang baru dilahirkan berada dalam keadaan baik.
“Allahuakbar alhamdulillah. Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2:23pm tadi.
“Both mommy and baby doing fine alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami .
“Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little bb is already out . Macam mimpi . Indescribable feeling masha Allah,” tulisnya.
Naskhah Epilog 3 Naga menjadi taruhan terbaharu stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV, yang bakal bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam mulai 3 Ogos 2022 menerusi slot Dramatix secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112).
Karya yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama nukilan Kaz Ishak ini mengangkat genre aksi dunia gengsterism dan diarahkan oleh sutradara Razif Ajiboy.
Diterbitkan oleh Betty Benafe, drama 24 episod, Epilog 3 Naga mengisahkan perjalanan tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan kancah jenayah kongsi gelap.
Meskipun sarat dengan aksi lasak, ia turut menggabungkan elemen drama cinta, persahabatan dan pengorbanan untuk memberikan naratif penceritaan yang lebih menghiburkan.
Epilog 3 Naga diterajui oleh Hazama Azmi yang memegang watak sebagai Khalid, Syarul Ezani (Fazarul), Shafiq ‘Stu’ Rosli (Sean Abdullah), Che Puan Juliana Evans (Natasha), Atyka Jalil (Sazlina), Faizal Hussien (Azroy) dan ramai lagi.
Mengulas lanjut, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli tidak menafikan selain kisah cinta dan komedi, tema aksi juga merupakan genre yang sering mendapat perhatian audiens.
“Walaupun kami jarang mengetengahkan kisah tentang sedemikian, namun kini tiba masanya kami ‘lari’ daripada kebiasaan dan mengambil langkah berani untuk menyelami dunia gelap gengsterism sebagai nadi penting dalam drama Epilog 3 Naga.
“Drama berkenaan sebenarnya sebuah naskhah yang sarat dengan elemen emosi. Namun, ia bukanlah tertumpu kepada elemen pergolakan semata-mata, tetapi turut mengandungi mesej dan nilai positif sebagai pengajaran bersama.
“Saya percaya penceritaan kisah kali ini pastinya bakal membawa kelainan yang menyeronokkan kerana kekuatan jalan ceritanya yang luar biasa dan menghiburkan.
“Syabas saya ucapkan kepada pihak produksi kerana berjaya menggarap drama ini dengan baik. Semoga drama ini diterima baik sekaligus mencipta fenomena yang tersendiri apabila ditayangkan kelak. Selamat menonton,” katanya.
Sementara itu, Razif Ajiboy selaku Sutradara Epilog 3 Naga di dalam satu kenyataan menjelaskan, seorang pengarah, drama ini berupaya menyingkap kehidupan segelintir remaja daripada sisi gelap.
“Punca utama yang mempengaruhi mereka untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral adalah kerana dibesarkan dalam persekitaran yang tidak sepatutnya.
“Justeru, drama ini dilihat akan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya peranan mereka sepanjang proses pembesaran anak-anak.
“Langkah pihak Awesome TV yang berani menerbitkan karya ini harus dipuji kerana genre dan penceritaan seumpama ini jarang diketengahkan oleh mana- mana stesen televisyen yang lain,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kejadian tragis yang menimpa pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah,...