Tular tempoh hari apabila Gmie Screen mencium pipi menantu selesai majlis akad nikah anak sulung, Siti Hadirah.
Baru sahaja selesai majlis bertandang di pihak lelaki, Gmie atau nama sebenarnya, Hajimi Haji Ibrahim dilihat membalas posting anaknya yang sedang merindukan keluarga.
“Ingat duduk KUIS je homesick. Tapi takdelah homesick sangat nangis2. Ni duduk ikut suami pun homesick sampai nangis2. padahal dekat je rumah.
“Muka2 ni yang selalu aku pandang hari2. Tapi harini tak tengok rasa lain sangat terus merembes air mate aku tak berhenti.”
Penyanyi popular era 90-an ini dilihat menyuruh anaknya balik ke rumah dengan tandapagar #rumahibubaparumahanak2
Netizen nampaknya masih belum mampu melupakan detik-detik istimewa seorang bapa melepaskan tanggungjawab terhadap anak perempuan kepada lelaki yang bergelar suami.
Sudah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, pasangan Shakilla Khoriri dan Fizi Ali telah dikurniakan cahaya mata Ameena Sofia yang kini berusia satu bulan.
Dalam pada itu, Shakilla telah meluahkan perasaanya apabila suaminya, Fizi Ali samakan dirinya dengan bibik.
“Semalam bila Fizi cakap aku dok rumah dah macam bibik. Eh…terasa pulak hati jantung aku.
“Tapi bila tengok keadaan aku dalam cermin dengan serba serbi tak sempat, hilang rasa nak sentap tu. True. Macam bibik malah lebih teruk dari bibik. Aku dah lupa macam mana pakaian cantik atau makeup. Sungguh.
“Bukan tak nak berhias atau semenggah sikit kat rumah cuma kehidupan aku bertukar 360 darjah tibe2 lepas ada @ameenasofia,” tulisnya.
Shakilla mengakui bahawa tanggungjawab seorang ibu bukanlah mudah, sebaliknya perlu membahagikan masa untuk anak, suami dan diri sendiri.
“Aku admit lah best ada ahli baru tapi untuk 2 bulan ni aku perhambakan diri untuk Ameena Sofia supaya aku betul2 kenal dia dan dia biasa dengan Aku & Fizi.
“So rutin biasa setiap 9 pagi aku berperang dengan Ameena. Bukan dia tak behave masa mandi tapi dia lupa dia baru sebulan , dia punya tendang,menyembang lagi dengan angkat kepala tu masayallah. Naik berketul bicep aku,” jelasnya.
Video tersebut memaparkan Shakilla sedang mandikan Ameena dihujanni komen yang pelbagai dari netizen.
Video : Intagram Shakilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin telah berangkat ke Prague, Jumaat lalu atas komitmen kerja.
Akibat terlalu rindu akan Amyra dan Amar, anak mereka Aqeef Anaqi bertindak emosi apabila dia menyarungkan beg kertas di bahagian kepalanya.
“Sebab terlalu rindukan Mommy & Daddy yang pergi #BataFashionWeekend, maka dengan itu @aqeefanaqi pon buat runway fashion show #BataFashionWeekend2019 di rumah dengan tema “ #comfortablewithit,” tulis Amar.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya