Uncategorized

[VIDEO] Detik Ngeri Beto Kusyairy Kena ‘Jahit Mulut’, Pembalasan Akibat…

Share

Beto Kusyairy yang mendukung watak Azim menerusi drama bersiri, Sembilan berkongsi pengalaman baru apabila mulutnya terpaksa ‘dijahit’ demi memenuhi satu babak penting di dalam siri berkenaan.

Katanya kepada MH, ia merupakan suatu pengalaman baru apatah lagi apabila berpeluang bekerjasama dengan jurusolek kesan khas terkenal, Ella Sandera.

“Pasukan kesan khas buatkan terlebih dulu mole (acuan) tersebut lebih kurang sebulan awal. Jadi apabila ditambah dengan silikon serta beberapa kandungan lainnya, jadi nampalah ‘begitu’. 

 

“Sekejap saja buatkan acuan tersebut, lebih kurang dalam 15 ke 20 minit. Cuma ‘pemasangannya’ yang ambil masa dalam 40 minit. Yang buat pun suda pro kan? Jadi tidaklah ambil masa yang terlalu lama. Satu pengalaman baru jugalah mulut kena jahit,” seloroh Beto.

Ditanya mengenai babak berkenaan secara terperinci, Beto memberitahu ia merupakan pembalasan terhadap apa yang dilakukan beberapa ketika sebelum mulutnya ‘dijahit’.

“Sebelum adegan tersebut, saya ada bergaduh dengan isteri, lakonan Atiqah Hasiholan di depan anak tiri (Bima Azrel). Jadi kerana itulah saya mendapat pembalasan. Malamnya, mulut saya dijahit,” kongsi Beto menerusi drama arahan Razaisyam Rashid itu.

Malah, jurusolek tersebut juga ada berkongsi beberapa video mengenai adegan yang dimaksudkan.

Terdahulu, drama seram sebanyak 10 episod itu adalah sebuah lagi naskah premium eksklusif yang bersama kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia di bawah payung penjenamaan ‘Astro Original Series’.

Menjadikan beberapa lokasi seperti kampung Orang Asli Kuala Boh, Sungai Lembing dan Studio Pinewood Iskandar di Johor Bharu sebagai antara lokasi penggambaran, drama berkenaan bakal bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Citra (131) pada Februari 2019.

Selain Beto, turut sama beraksi di dalam drama yang mengambil masa penggambaran sekitar 75 hari ini ialah Endhita dari Indonesia, Luqman Hafidz, Amerul Affendi, Azhan Rani dan ramai lagi.

Foto/Video: Instagram Ella Sandera

IKLAN