Categories: Uncategorized

[Video] Demi Shawol, Muzik Video Terakhir Jonghyun Dimuat Naik!

Share

Shawol (kelab peminat Shinee) akhirnya dapat menyaksikan ‘persembahan’ terakhir’ Jonghyun menerusi muzik video (MV) yang dikeluarkan SM Entertainment semalam.

Kiranya MV bertajuk ‘Shinin’ tersebut merupakan ‘last goodbye’ daripada Jonghyun buat peminatnya, ternyata ia sangat dinanti-nantikan oleh peminat kerana mendapat hampir 4 juta view dalam masa kurang 24 jam.

Dalam pada itu, peminat-peminat membuat spekulasi bahawa lagu tersebut merupakan mesej Jonghyun buat fans yang selama ini banyak memberikan sokongan kepadanya.

MH sempat menonton MV tersebut dan ia merupakan hadiah ‘perpisahan’ terbaik yang boleh diberikan pada peminat.

Disember lalu, dunia dikejutkan dengan kematian Jonghyun setelah dia dipercayai membunuh dirinya sendiri akibat kemurungan.

IKLAN