Aduh tersenyum sipu MH tengok video yang dikongsikan oleh Thinker Studios di Youtube.

Riuh-rendah jadinya melayan kerenah artis jemputan untuk rancangan CCTV cabaran ‘Pickupline’ Khai Bahar bersama Wany Hasrita dan Nabila Razali.

Apa yang mencuit hati bagaimana mereka mengusik Wany bersama Khai sepanjang program itu di rekodkan.

Nampak manis sahaja bila tengok Wany tersipu-sipu malu apabila diusik pengacara program tersebut.

Namun keadaan menjadi semakin hangat dan meriah apabila Khai memberi pick up line yang cukup mencuri hati!

IKLAN

“Wany sebenarnya, angin cinta yang Wany kirim tu dah jadi apa? Tak tau? Dah jadi taufan dalam hati Khai!”

[VIDEO] Cabaran Pickup Line Khai Bahar & Wany Hasrita Bersemut! Ada Apa-apa Ke?

Lebih melucukan apabila Khai cuba berikan pick up line kepada Nabila Razali secara tiba-tiba Wany cuba menghalang dengan ekpresi cemburu yang cukup melucukan.

IKLAN

Bukan itu sahaja, ibu Wany juga dijemput untuk muncul di pentas dan masing-masing bertanya adakah mereka ‘approve’ atau setuju dengan hubungan antara Khai dan Wany, secara spontan ibu kepada penyanyi Menahan Rindu ini terus menjawab setuju!

[VIDEO] Cabaran Pickup Line Khai Bahar & Wany Hasrita Bersemut! Ada Apa-apa Ke?

IKLAN

Malah keadaan semakin gamat apabila pengacara meminta Khai untuk memilih sama ada Wany atau Nabila, dia menjawab dengan jelas, “Wany”! Amboiii ada apa-apa ke ni?

[VIDEO] Cabaran Pickup Line Khai Bahar & Wany Hasrita Bersemut! Ada Apa-apa Ke?

Okay korang tengoklah sendiri video pickupline Khai Bahar, Wany Hasrita dan Nabila Razali yang hangat diperkatakan ini. Seriously memang meriah betul dibuatnya!

https://youtu.be/1QYBt3OiUpY

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI