Gara-gara tersebar sebuah video buli warga OKU, seorang remaja lelaki menerima berates ribu makian daripada pengguna media sosial.

MH difahamkan mangsa bukan sahaja membuli malah mencuri telefon bimbit milik remaja OKU tersebut.

Menyedihkan apabila remaja lelaki ini langsung tidak rasa sebersalah malah menolak mangsa sehingga dia kelihatan agak lemah.

IKLAN

Malah, MH geram dengan individu yang merakam perbuatan ini langsung tiada hati perut, lebih teruk boleh ketawa melihat apa yang terjadi bagaikan ada badut di depan mata.

IKLAN

Kejadian membuli dan mencuri telefun bimbit milik seorang anak kurang upaya OKU.Kejadian membuli anak kurang upaya (OKU) mohd nor akmal yg berlaku di padang permainan dirumah murah taman sri kluang. Serta merompak telefun bimbitnya dlm beg merah serta wang belanjanya. Jenama samsung j2.

Posted by Kami Anak Jati Kluang,Johor on Tuesday, 13 March 2018

Bagi MH, sepatutnya perkara ini tidak seharusnya terjadi! Sepatutnya kita perlu melindungi warga lemah bukannya membulinya. Malah, MH sendiri seakan tidak percaya, dalam zaman serba canggih dan membangun masih ada individu yang berkelakuan seperti manusia yang tidak berpendidikan serta bermoral.

IKLAN

Namun, malang tidak berbau. MH difahamkan sekarang ini orang ramai mula menyebarkan maklumat tentang pembuli dan masing-masing sudah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

Apa yang boleh kami katakan, pandai buat pandailah tanggung. Kami harap remaja OKU dan keluarganya bersabar dan semoga semua ini diadili seadilnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI