Uncategorized

[VIDEO] “Budak Sampai Nenek Dah Tahu,”- Didakwa Lagu ‘Bobo Di Mana’ Tiru Lagu Lain, Ini Kata Rapper Indonesia Kepada DS Aliff Syukri, Nur Sajat & Lucintaluna

Share

Rapper Indonesia Roy Ricardo, ada memberitahu lagu Bobo Dimana nyanyian secara trio, Lucintaluna, Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat telah meniru lagunya yang bertajuk Semalem Bobo Di Mana yang telah diterbitkan pada 2014.

Katanya, dia telah menerima banyak mesej peribadi (DM) di laman Instagram daripada peminat yang meminta Roy untuk menjelaskan mengenai lagu Bobo Di Mana itu.

Terdahulu, Roy ada memuat naik sebuah video reaksi di laman YouTube semalam bagi menjelaskan kepada mengenai kekeliruan yang berlaku.

“Mereka gunakan lagu Semalem Bobo Di Mana dengan tajuk dan lirik yang sama meskipun lagu ni sudah ditukar kepada genre dangdut.  Daripada anak-anak kecil hinggalah ke golongan nenek-nenek sudah tahu lagu ini sudah diterbitkan pada 2014.

 

“Saya sebenarnya tiada masalah mengenai wang. Sebelum ini Andi Bernade juga guna lagu saya tapi saya tak pernah minta wang tetapi dia meminta izin daripada saya dahulu.

 

“Saya tidak mahu duit kamu sebab Tuhan sudah bagi saya banyak duit tapi sekurang-kurangnya mesej la saya terlebih dahulu,” jelasnya di dalam video tersebut.

Tambah Roy, sekiranya mereka ingin menggunakan lagunya, biarlah dengan cara yang betul supaya perkara ini dapat menyenangkan kedua belah pihak.

Di ruang komen, rata-rata peminat bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Roy dan meminta penyanyi tersebut mengambil tindakkan serius terhadap pemilik lagu Bobo Di Mana itu.

Terdahulu, lagu Semalam Sahur Di Mana nyanyian Andi Bernadee pernah dikaitkan dengan isu yang sama, namum Roy menjelaskan penyanyi tersebut ada meminta izin daripadanya untuk menggunakan lagu tersebut.

Video: Youtube Roy Ricardo

IKLAN