Uncategorized

[VIDEO] Buat Kejutan Hari Jadi Pengasuh, Sifat Humanity Johan & Ozlynn Dipuji

Share

Pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn telah membuat kejutan hari jadi pengasuhnya semalam.

Video yang dimuat naik ibu kepada lima orang cahaya mata itu dikongsikan di akaun Intagramnya.

“Happy birthday Cora!! .ok korg mesti tertanya sape dia nih.. ok dia nurse yg jaga baby sepanjang aku bekerja kt luar.. org yg tegas tp penyayang..

Dh sebulan lebih jaga baby.. byk benda aku tau ttg dia dan belajar dr dia..

 

kita nih bersyukur masih boleh kerja di negara sendiri, nak dgn xnk je atau memilih dgn x,” tulisnya di ruangan kaspyen.

Ozlynn juga turut bersimpati kepada pangasuhnya itu apabila nasib malang menimpanya.

“Dia ckp kt sini kdg dia di byr utk jaga org tua, baby.. sedangkn anak dia kt kg sakit..

 

terpaksa dia tinggalkan sb nak cari duit lebih kt malaysia.. bulan 5 aritu suami dia meninggal..

 

so dia skrg kena tanggung mak, abg dia yg dh tua dan anak dia yg x sihat,” tulisnya lagi.

Kejutan hari jadi itu dibuat secara sederhana, namun ia memberi 1001 kenangan  bagi mereka.

“Dia bkn islam tau.. tp dh selalu dgr aku ckp InsyaAllah, dia sendiri sebut.. yes maam, insyaAllah.. hareyyy betul aku lak yg sedih.. x ssh pon nak bahagiakan org.. bg kasih syg…

 

iyeee kasih syg… percayalah korg akn bahagia juga,” tulis Ozlynn sebak.

Rata-rata netizen turut berasa sebak dengan kaspyen Ozlynn dan terharu melihat Ozlynn sanggup melayan pengasuhnya itu seperti keluarga sendiri.

Video : IG Ozlyn

IKLAN