Uncategorized

[VIDEO] Bersemut Video Pernikahan Fattzura

Share

Akhirnya, segala penantian berakhir. Baru beberapa minit yang lepas, melalui akaun Instagram Milik Fazura, pelakon dan peyanyi jelita Fazura ada berkongsi sebuah video pernikahan mereka yang menimbulkan pelbagai kontroversi.

Jujur, Fazura nampak sungguh manis dan ayu dengan persalinan serba putih dan bertudung.

Jelas kelihatan kedua pasangan ini memang benar-benar sedang dilamun cinta. Tidak perlu berbicara, melalui video yang dikongsi ini jelas terpacar di mata masing-masing mereka cukup bahagia bersama dan ditakdirkan untuk bersama.

Fazura yang berwalikan abangnya, selamat dinikahkan bersama Fattah dengan sekali lafaz dengan mas kahwin sebanyak RM250 tunai.

Berlatar belakangkan pelamin warna unggu lembut, Fazura dan Fattah cukup berseri…

Okay tak nak cakap banyak, korang tengok video ni sendiri.

IKLAN