Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja menjadi idola rakyat Malaysia, malah namanya juga menjadi sebutan-sebutan media diluar negara.

Rata-rata bertanya apakah rahsia Tun M masih kekal bertenaga dan sihat ketika umurnya sudah mencecah 90-an, Melalui temuramah bersama The Straits Times, ini jawapan mudah Tun M dan mungkin kita boleh ikuti!

[VIDEO] ‘Berdisiplin Ketika Makan’ Tun M Dedah Beberapa Tip Daripada Ibunya, Mungkin Korang Sendiri Gagal Lakukan!

IKLAN

“Perkara paling penting, jangan terlebih makan! Ini kerana apabila seseorang itu sudah menjadi gemuk, dia pasti akan susah untuk kurus semula.

 

“Ini pesanan yang sering ibu saya ingatkan, jika masakan itu sedap, berhenti!

 

Memang susah untuk disiplinkan diri. Apabila belajar dalam bidang perubatan saya sedar nasihat itu sangat bagus dan berguna kerana apabila kita terlebih makan, perut akan semakin mengembang dan jika dibuat terlalu kerap, ia akan menyebabkan perut menjadi semakin besar dan apabila tidak makan secukupnya, akan lapar semula dan kita akan ulangi lagi dan lagi, lama kelamaan kita akan semakin gemuk.

 

“Ramai orang suka nikmati makanan mereka, tetapi saya sangat menjaga disiplin saya,” katanya di dalam video berdurasi 1 minit.

Bukan itu sahaja sebenarnya, apa yang MH sedar sebenarnya Tun M juga sentiasa mengamalkan kehidupan yang sihat dengan bersenam setiap pagi.

Seperti yang semua tahu baru-baru ini setelah selesai angkat sumpah, keesokan paginya Tun M telah dijumpai sedang berbasikal di kawasan perumahannya.

IKLAN

[VIDEO] ‘Berdisiplin Ketika Makan’ Tun M Dedah Beberapa Tip Daripada Ibunya, Mungkin Korang Sendiri Gagal Lakukan!

Nampak tak bagaimana Tun M mengekalkan stamina setiap hari?

IKLAN

Hmmm so maybe lepas ni kita boleh tukar gaya kehidupan kita mengikut seperti apa yang Tun M sering lakukan mana tahu menjadi!

Video: NST

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI