[VIDEO] Berbikini Sambil Makan Dalam Kolam Renang, Adeline Tsen Bikin Ada Yang ‘Geram!’

Pelakon Adeline Tsen memang sinonim dengan penampilan menarik dan seksi. Malah, pelakon itu turut memuat naik foto ‘mengancamnya’ di media sosial.

Terbaru, anak kelahiran Kota Belud, Sabah itu telah memuat naik sebuah video di Instagram.

Sepotong video tersebut menyaksikan dirinya sedang menikmati hidangan di dalam kolam renang.

IKLAN

Tampil dengan bikini berwarna merah, Adeline kelihatan gembira dan tampak ‘fresh’ menikmati percutiannya di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, video tersebut juga telah mencuri tumpuan netizen yang membuatkan mereka menjadi ‘geram’ dengan fizikal Adeline.

IKLAN

Amboi, ada-ada sahaja netizen ni kan? Apa pun, percutian Adeline memang buat MH cemburulah!

Video : Instagram Adeline Tsen