
Aduh, untung betul menjadi selebriti bernama Datuk Seri Siti Nurhaliza, bukan sahaja dirinya disayangi ramai, malah anaknya yang baru sahaja berusia kurang dari 3 hari sudah menjadi pujaan hati rakyat Malaysia.
MH sedar, malam tadi Siti ada berkongsi sebuah video yang memaparkan pakaian pertama anaknya yang dikenali dengan nama sementara Fatimah Az-Zahra.
Namun video tersebut telah ditonton hampir setengah juta pengguna media sosial walaupun ia baru sahaja dimuat naik.
Semua ini gara-gara ‘Fatimah’yang sedang ‘berlatih vokal’ menangis.
Amboi dengar anak kesayangan Siti menangis pun dah comel inikan pula nak lihat gelagatnya nanti mesti terhibur semua orang!
Apapun sama-sama kita nantikan update seterusnya daripada pihak Siti.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI