Uncategorized

[VIDEO] Ayda Jebat, Hazama Kongsi Detik Paling Memalukan Sewaktu Di Sekolah

Share

Bila bercerita tentang musim awal persekolahan, pasti ramai punyai pengalaman yang tersendiri da sukar untuk dilupakan bukan?

Itulah yang terjadi pada pelakon cantik Dekatkan Jarak Kita, Ayda Jebat yang mempunyai kisah lucu sewaktu zaman sekolahnya.

Melalui satu program televisyen The Sherry Show, Ayda mengaku pernah terbuang air besar dalam seluar suatu ketika dahulu.

Katanya oleh kerana tidak punyai baju, dia terpaksa meminjam baju rakan yang lain.

Apa yang melucukan Ayda berkata hampir satu sekolah tahu mengenainya kerana dia terpaksa meminjam baju rakan lain.

Selain Ayda, Hazama turut berkongsi cerita yang sama dengan memberitahu pada awalnya hanya ingin melepaskan angin tetapi tidak sangka lain pula jadinya. Dengan segera dia pulang ke rumah dan kembali ke sekolah seperti biasa.

Nah korang dengar sendiri perkongsian mereka berdua yang memang akan buatkan korang tak kering gusi.

IKLAN