Categories: Uncategorized

Video Awek Manja Kembali Lagi! Kali ini Menangis Dengar Guruh

Share

Baru-baru ini isu gadis manja yang kelaparan mahukan cendol menjadi satu perbualan hangat di sosial media.

Malah, tidak kurang juga yang membuat parody tentangnya sampaikan namanya bersama kekasihnya itu menjadi terkenal sekelip mata. Sebut sahaja Nija dan Aiman Amar pasti orang boleh agak siapakah mereka.

MH masih ingat dalam satu temuramah di sebuah program televisyen dan akhbar, gadis ini ada mengaku yang dirinya sangat takutkan petir.

Tahap ketakutannya itu sampaikan boleh terpaku dan kaku atau menangis dibuatnya.

Namun, setiap yang dikongsikan mereka telah membuatkan ramai yang kurang percaya dan menganggap kekasihnya itu hanya mengada-ngada.

Namun baru-baru ini sebuah video yang dikongsikan sendiri oleh Aiman di Insta Stories miliknya diviralkan sekali lagi kerana Aiman membuktikan kekasihnya itu memang benar-benar takutkan dentuman guruh.

Kasihan pula MH lihat bagaimana gadis itu menangis ketakutan.

So lepas tengok video ni MH percaya memang ada setengah orang yang macam ini, takutkan guruh! Setuju?

 

 

IKLAN