
Tular di media sosial apabila dua remaja bersenjatakan parang telah menyamun seorang wanita di kedai dobi Bandar Puteri Jaya, Alor Setar semalam.
Tidak serik dengan itu, mereka telah melakukan perkara yang sama namun berlainan lokasi iaitu di sebuah kedai runcit 24 jam.
Video berdurasi satu minit itu memaparkan remaja tersebut mengacukan parang ke arah mangsa dan merampas wang di dalam laci yang berisi Rm4,500.
Terdahulu mereka telah menyamun seorang wanita dengan melarikan wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit yang dianggar berjumlah RM14,500.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
![[VIDEO] “Apa Nak Jadi Dengan Budak Ni?,” - Tidak Serik Samun Di Dobi, Kali Ini Buat Jahat Di Kedai Runcit Pula! 5 [VIDEO] “Apa Nak Jadi Dengan Budak Ni?,” – Tidak Serik Samun Di Dobi, Kali Ini Buat Jahat Di Kedai Runcit Pula!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/09/samun.png)
![[VIDEO] “Apa Nak Jadi Dengan Budak Ni?,” - Tidak Serik Samun Di Dobi, Kali Ini Buat Jahat Di Kedai Runcit Pula! 6 [VIDEO] “Apa Nak Jadi Dengan Budak Ni?,” – Tidak Serik Samun Di Dobi, Kali Ini Buat Jahat Di Kedai Runcit Pula!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/09/samun2.png)
![[VIDEO] “Apa Nak Jadi Dengan Budak Ni?,” - Tidak Serik Samun Di Dobi, Kali Ini Buat Jahat Di Kedai Runcit Pula! 7 [VIDEO] “Apa Nak Jadi Dengan Budak Ni?,” – Tidak Serik Samun Di Dobi, Kali Ini Buat Jahat Di Kedai Runcit Pula!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/09/samun3.png)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Sejak kecil lagi kita sudah dimomokkan dengan kisah kewujudan hantu atau tahyul yang sering menjadi igauan ramai sama ada menerusi ahli keluarga, saudara mara atau orang terdekat.
Jadi MH kongsikan bersama pembaca semua, lima kisah hantu lagenda yang membuatkan ramai yang tidak tidur malam.
Pocong dikhabarkan sebagai hantu yang paling menyeramkan berikutan gambaran kematian yang dibawanya. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, setiap kematian memerlukan seseorang itu dibalut menggunakan kain kapan sebelum dikebumikan.
Justeru itu, hantu pocong dikatakan jelmaan daripada roh orang meninggal yang meninggal dunia kain kapannya ‘tidak dibuka’ membuatkan ia bangkit dan melompat-lompat meminta bantuan mereka yang hidup untuk membantu membuka balutan tersebut.
Dalam kisah yang lain pula, ada yang beranggapan bahawa kehadiran pocong ini akibat rohnya tidak diterima untuk ke alam seterusnya membuat mereka berlegar-legar diantara dunia realiti dan juga alam seterusnya.
Hantu Penanggal merujuk kepada wanita yang sering mengamalkan ilmu hitam untuk kepentingan diri sendiri seperti ingin mengekalkan kecantikan diri, membunuh musuh, menjaga tanaman dan haiwan peliharaan daripada pencuri dan lain-lain lagi.
Mereka yang menuntut ilmu hitam ini mampu menceraikan kepala daripada badan dan terbang dengan tali perut yang terburai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan boleh menyebabkan penyakit kudis bagi mereka yang terkenanya.
Ketika Penanggal ini terbang, ia dipercayai menyerupai cahaya putih berkilauan, daripada urat perut yang terburai itu.
Hantu Volkswagen Kuning ini dipercayai mula mengganggu kenderaan di lebuh raya Karak sejak tahun 1956. Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut.
Kisah bermula apa bila seorang pelajar perempuan menelaah di bilik belajar sehingga tidak perasan sudah lewat malam. Sedang khusyuk mengulang kaji pelajaran, tiba-tiba dia ingin bertanyakan soalan yang kurang difahami kepada rakan di sebelahnya itu.
Ternyata, yang berada di sebelah bukanlah rakannya selepas dia tersedar mahluk tersebut tidak mempunyai kaki. Lalu, pelajar tersebut membatalkan niat untuk mendengar jawapan daripada ‘rakan’ tersebut.
Paling menyeramkan apabila makhluk itu pula tiba-tiba bertanya, “Dah ingat atau dah tahu?”. Lalu, pelajar itu tidak cukup tanah berlari ke pulang asrama.
Toyol merupakan salah satu hantu yang unik jika diberbanding dengan hantu-hantu lain di dalam mitologi Malaysia. Tubuhnya yang kecil dan kepalanya yang botak serta kemampuannya dalam mencuri duit, membuatkan toyol begitu popular dikalangan pengamal ilmu hitam.
Dalam kepercayaan masyarakat Malaysia, kebolehan toyol mencuri duit menyebabkan ramai manusia ingin menggunakan khitmatnya sebagai jalan pintas untuk memperoleh kekayaan.
Namun, sehingga kini kesahihan kisah lagenda hantu tersebut masih menjadi tanda tanya kerana kesemua kisah tersebut hanyalah berdasarkan cakap-cakap atau buah mulut orang dan bukannya daripada pengalaman sendiri.
Oleh itu, terpulanglah kepada kita sama ada untuk mempercayai kisah-kisah tersebut atau tidak tetapi mengikut amalan Islam, jin atau mahluk halus ini sememangnya wujud.
Bagaimanapun, bagi mereka yang dahagakan kisah-kisah seram sebegini, bolehlah mengikuti siri FOLKLORE yang memaparkan kisah-kisah menakutkan daripada enam pengarah berbeza; iaitu Eric Khoo (Singapura), Lee Sang-woo (Korea Selatan), Joko Anwar (Indonesia), Pen-ek Ratanaruang (Thailand), Ho Yuhang (Malaysia) dan Takumi Saito (Jepun) serta memaparkan kisah-kisah seram negara masing-masing.
Siri FOLKLORE adalah produksi original HBO Asia dan bakal ditayangkan di siaran HBO dan HBO Go bermula 7 Oktober, jam 10.00 malam.
Wow, hebat! Apa-apapun yang pasti, para peminat kisah seram pastinya tidak akan menyesal menontonnya!
What are you afraid of? 👻
Posted by HBO Asia on Tuesday, 4 September 2018
Foto: Carian Internet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Dah Tak Ada Job Ke?,” – Sering Buat TikTok, Netizen Persoal ‘Kembar’ Hael Husaini Kini Kian Sendu?

Tular di media sosial beberapa minggu lalu apabila Adam Zainee dikatakan mempunyai wajah seiras penyanyi Hael Husaini.
Namun, menerusi akaun Instgramnya , dia kini aktif berkongsi video aplikasi TikTok.
Susulan itu , ada segelintir pihak mengatakan bahawa Adam kini kurang mendapat perhatian seperti sebelum ini.
A post shared by adamzainee_ (@adam_z41) on
A post shared by adamzainee_ (@adam_z41) on
A post shared by adamzainee_ (@adam_z41) on
A post shared by adamzainee_ (@adam_z41) on
Rata-rata netizen berpendapat bahawa Adam berbuat demikian untuk meraih perhatian semata-mata.
Walaubagaimanapun, terdapat juga netizen terhibur dengan video-videonya itu.
Adam sebelum ini pernah menjalani pembedahan dengan menelan kos RM45,000 untuk memiliki wajah seperti penyanyi lagu Hajat itu.
A post shared by adamzainee_ (@adam_z41) on
“Let’s celebrate with a toast and get lost in tonight” @envykl see u tonight #dance #envy
A post shared by adamzainee_ (@adam_z41) on
A post shared by adamzainee_ (@adam_z41) on
Dia juga pernah menghiasi kaca TV apabila muncul dalam iklan KFC.
A post shared by adamzainee_ (@adam_z41) on
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
![[GAMBAR] Masih Ingat 'Ziana Zain Nombor 2'? Penampilan Terbarunya Pasti Ramai Terkejut! 44 [GAMBAR] Masih Ingat 'Ziana Zain Nombor 2'? Penampilan Terbarunya Pasti Ramai Terkejut!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/09/Screen-Shot-2018-09-04-at-4.25.18-AM.png)
Sebelum tular perihal ‘individu’ yang sering memancing mata netizen menerusi media sosial, pasti akan ada yang masih ingat dengan kelibat lelaki yang sering berpakaian wanita, menghadiri mana-mana majlis hiburan, terutamanya apabila melibatkan penyanyi popular, Ziana Zain.
Masakan tidak, tiba saja penyanyi yang popular dengan lagu Putus Terpaksa itu membuat persembahan, gelagat spontan Nik Aidi pasti jadi tumpuan ramai.
Lalu, jolokan sebagai ‘Ziana Zain Nombor 2’, memang cukup sinonim dengan individu bernama Nik Aidi ini. Jika dahulu perwatakannya sering disalah erti, kini MH difahamkan Nik Aidi kini kembali berubah secara perlahan-lahan kepada fitrah asal.
Malah sebelum ini, MH pernah menyiarkan artikel mengenai lelaki ini yang dikatakan sudah mulai mendekatkan diri denganNya, mengenakan serban dan sebagainya.
MH belanja beberapa keping foto terbarunya yang diambil menerusi Instagram. Moga Nik Aidi kekal istiqomah. Malah rakan artis turut menitipkan doa sama buatnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

