Categories: Uncategorized

[VIDEO] “Apa Benda Kamu Buat Ni,” – Komen Netizen Bila Lia Natalia Sakan ‘Berjoget’

Share

Pelakon, Lia Natalia semalam mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik video sedang menari-nari di laman Instagramnya.

Menggunakan kapsyen ‘sik asikk,” kelihatan Lia asyik berjoget namun dalam keadaan yang melucukan semasa di Lost World Of Tambun, Perak itu.

Susulan itu, kelihatan ramai yang terhibur dengan video Lia serta mempersoalkan apa yang dilakukan oleh pelakon drama Rahsia Hati Perempuan berkenaan.

Malah, ada juga netizen terhibur cara tarian Lia dan meminta agar pelakon itu melakukan lagi video tarian seperti itu.

Alahai, ada sahaja idea netizen ini kan? Apa-apapun, memang melucukan betul tarian Lia itu, dari mana agaknya datang ilham untuk menari sebegitu ya?

Foto/Instagram

IKLAN