Seperti yang semua tahu hari ini merupakan hari paling bersejarah dan bermakna buat Abam daripada kumpulan Bocey.

Jika selama ini semua tertanya-tanya adakah benar Abam akan melangsungkan perkahwinan, kerana sempat ke PWTC semalam, akhirnya semua teka-teki terjawab.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dan pasangannya Siti Norhidayah Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Dieya telah selamat disatukan petang tadi di Masjid Jamek Sultan Hishamuddun, Sabak Bernam dengan sekali akad.

Memang tidak dinafikan, suasana pernikahan Abam sangat meriah dan ceria melihat gelagat Abam dan dua rakan komedinya Fad dan Achey.

Malah Tok Kadi yang bertugas juga sempat menyakat Abam beberapa kali hingga membuatkan tetamu yang hadir turut tergelak melihat aksi spontan Abam.

Abam yang kelihatan cukup kacak berbaju serba putih nampak sangat tenang dan berseri-seri sepanjang majlis berjalan.

IKLAN

Eksklusif majlis pernikahan Abam Bocey dari Gempak! Tahniah Abam.

Posted by Astro Gempak on Friday, 8 December 2017

 

Terdahulu Abam telah mengikat tali pertunangan bersama pasangannya itu di waktu pagi dan bernikah pada hari yang sama pada belah petang.

Mala mini bakal berlangsung majlis malam berinai bertemakan ‘Arabic Night’ di kediaman pasanganya.

Hubungan yang terjalin sejak empat tahun yang lepas akhirnya di sudahkan dengan jalan cerita yang sungguh indah.

IKLAN

Okay tak nak cakap banyak jom #MHBelanjaGambar perkahwinan mereka.

@abam_bocik mcm nervous je tu ? Nasib baik ada @fadbocey dan @acheykintangkintung. Tahniah abam !

A post shared by ERA fm – Muzik Hit Terbaik (@era_fm) on

IKLAN

 

[VIDEO] Alhamdulillah, Abam dan Pasangan Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

[VIDEO] Alhamdulillah, Abam dan Pasangan Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

[VIDEO] Alhamdulillah, Abam dan Pasangan Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI