Uncategorized

[VIDEO] 6 Gelongsor Air Buat Korang ‘Kecut Perut’, Mana Paling Ngeri?

Share

Hmmmm nampaknya isu gelongsor air hangat diperkatakan di media sosial. Namun apa yang MH boleh katakan malang tidak berbau.

Walaupun ada yang mengatakan golongsor tersebut agak menakutkan dan terlalu tinggi, namun tahukah kamu sebenarnya masih ada beberapa golongsor air yang lebih menakutkan!

Nah ini dia 6 gelongsor air paling menakutkan tetapi mengujakan di dunia! So ada berani?

1. Insano (Beach Park, Brazil)

Merupakan gelongsor air tertinggi di dunia dengan ketinggian 41 meter umpama seperti berada di tingkat 14. kelajuannya sekitar 65 meter per jam. Ia hanya mengambil 4-5 saat sahaja untuk sampai ke bawah.

2. Aqualoop (Terme 3000 Adventure Pool Complex, Slovenia)

Gelongsor air ini merupakan antara gelongsor paling laju di dunia dan hanya mengambil masa 7 saat untuk menyudahkan gelungan 360 darjah ini. Ia juga merupakan gelongsor ke-4 paling laju di dunia.

 

3.Faser (Galaxy Erding, Germany)

Menariknya golongsor ini, untuk sampai ke bawah anda perlu lalui pelbagai jenis gelongsor, dari yang terlaju, tertutup hinggalah terbuka. Setiap gelongan mempunyai cirinya yang tersendiri. Untuk golongsor jenis Faser apa yang menakutkan korang akan lalui satu gelung yang terlalu gelap hingga akan buatkan kamu tertanya-tanya apa yang ada di hadapan.

4.Summit Plummet (Disney’s Blizzard Beach, Florida)

Gelongsor air setinggi 120 kaki dan kelajuan jatuhnya hampir 60 m.p.h dan merupakan tarikan utama untuk Disney Blizzard Beach, Florida.

5.The Scorpion’s Tail (Noah’s Ark Waterpark, Wisconsin)

Antara gelongsor yang mempunyai ‘perjalanan yang panjang’ dengan 400 kaki gelongsor dan mengambil masa lebih kurang 5 – 8 saat bergantung pada berat badan.

6. Leap of Faith (Atlantis Paradise Island, Bahamas)

Namanya sahaja dah cukup menakutkan, gelongsor dari ketinggian 60 kaki dari udara ini akan membawa korang melalui kolam yang dipenuhi dengan ikan jerung.

 

 

IKLAN