Ads

“Versi Yang Ada Kenangan Kami Berdua,” – Sentuhan Paling Peribadi Fazura, Duet Lagu Istimewa Bersama Fatima

Kemeriahan lagu Raya Pum Pang kembali menyapa Syawal tahun ini menerusi versi baharu berjudul ‘Raya Pum Pang Lagi’ nyanyian Fazura.

Lagu yang sebelum ini menceriakan suasana perayaan tahun lalu itu, kini tampil dengan nafas baharu yang lebih peribadi melalui penyertaan insan paling istimewa dalam hidupnya iaitu anak tersayang, Nur Fatima Aisya.

Kolaborasi ibu dan anak ini pastinya menjadikan versi kali ini lebih manis, hangat dan dekat dengan makna sebenar Syawal.

Lebih daripada sekadar versi baharu, Raya Pum Pang Lagi sebenarnya tercetus daripada momen-momen kecil di rumah yang akhirnya menjadi kenangan besar buat Fazura sebagai ibu.

Apa yang bermula sebagai nyanyian spontan seorang anak kecil kini diterjemahkan menjadi sebuah rakaman rasmi yang bakal mengisi suasana Aidilfitri di hati para pendengar.

“Sejujurnya, idea ni datang secara sangat natural. Tahun lepas bila Raya Pum Pang keluar, Fatima memang selalu ikut menyanyi sekali dekat rumah.

“Dia hafal lirik, siap buat gaya sendiri. Dari situ saya rasa, kenapa tak jadikan memori kecil tu sesuatu yang lebih bermakna?

“Raya Pum Pang Lagi ni bukan sekadar versi baru, tapi versi yang ada kenangan kami berdua sebagai ibu dan anak,” kongsi Fazura.

“Versi Yang Ada Kenangan Kami Berdua,” – Sentuhan Paling Peribadi Fazura, Duet Lagu Istimewa Bersama Fatima “Versi Yang Ada Kenangan Kami Berdua,” – Sentuhan Paling Peribadi Fazura, Duet Lagu Istimewa Bersama Fatima

Ads

Detik Paling Bermakna

Baru-baru ini, Fazura dan Fatima turut mencuri perhatian apabila tampil bersama di pentas Jakel Fashion Show 2026, memperlihatkan hubungan rapat ibu dan anak di hadapan khalayak.

Penampilan tersebut mencetuskan perbualan mengenai kemungkinan kolaborasi istimewa, namun Fazura menegaskan lagu ini lahir daripada rasa hati, bukan perancangan komersial.

“Momen tu memang sangat manis, sebab kami dapat tampil bersama sebagai ibu dan anak di pentas yang besar. Tapi lagu ni sebenarnya lahir daripada rasa peribadi saya tentang Raya dan keluarga.

“Kalau ada jenama yang turut sama meraikan nilai kekeluargaan dan tradisi macam Jakel, itu satu bonus yang sangat indah. Tapi inti lagu ni tetap tentang kasih sayang, memori, dan suasana Raya dalam keluarga kami,” katanyq lagi.

Antara detik paling bermakna sepanjang proses pembikinan lagu ini pastinya berlaku di studio rakaman.

Ads

Buat pertama kalinya, Fatima berdiri di hadapan mikrofon bukan sekadar untuk bermain, tetapi sebagai sebahagian daripada sebuah karya rasmi.

Bagi Fazura, pengalaman tersebut sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Masa sesi rakaman itu memang sangat comel. Fatima nyanyi dengan penuh yakin dan bangga, macam dia betul-betul tahu dia sebahagian daripada lagu ni.

“Sebagai ibu, tengok dia berdiri depan mikrofon dengan semangat macam tu memang buat saya rasa sangat tersentuh dan emosional.

“Bagi saya, momen tu lebih daripada sekadar rakaman lagu, ia satu kenangan indah antara saya dan anak yang akan saya simpan sampai bila-bila,” katanya.

Ads

Dalam pada itu, Fazura berharap lagu ini mampu menjadi latar kepada memori baharu yang tercipta di setiap rumah sepanjang Aidilfitri.

“Saya harap bila orang dengar lagu ni, mereka teringat rumah, gelak tawa anak-anak, dan momen kecil yang mungkin selalu kita terlepas pandang.

“Raya bukan tentang baju cantik atau gambar sempurna semata-mata, tapi tentang siapa yang ada di sebelah kita masa tu,” kongsinya.

Raya Pum Pang Lagi boleh didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 20 Februari depan.

“Versi Yang Ada Kenangan Kami Berdua,” – Sentuhan Paling Peribadi Fazura, Duet Lagu Istimewa Bersama Fatima “Versi Yang Ada Kenangan Kami Berdua,” – Sentuhan Paling Peribadi Fazura, Duet Lagu Istimewa Bersama Fatima

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

@mediahiburanofficial Yes! ♥️ Yang paling mega sudah diperkenalkan. Penampilan sedondon Fazura & Fatima di Jakel Fenomena Raya 2026, malam tadi. Sukanya tengok! 😍 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Namun Bila Pulang Malaysia, Allah Bagi Satu Rasa Yang Lain,” –...

Berkesempatan menjalani penggambaran drama Rindu Medina di Tanah Suci, Mekah pada Mac tahun lalu, pelakon Aprena Menrose memanfaatkan peluang tersebut untuk merawat hatinya yang ketika itu baru sahaja bercerai dengan bekas suami, Mohd Afiq Hazman.
error: Hello. Cannot.