Sejak gambar-gambar pernikahan Izara mula membanjiri media sosial, ramai yang tidak putus memuji betapa cantiknya Izara malam tadi.

BACA: #MHBreakFirst: [EKSLUSIF] Izara Aishah, Adib Khalid Sah Suami Isteri

Dengan persalinan off white hasil rekaan Datuk Rizalman Ibrahim, Izara nampak cukup klasik dan menawan dengan sentuhan konsep Sopan Couture dan Future classic.

Namun dalam ramai-ramai yang memuji masih ada individu yang tidak bertanggungjawab cuba menjadikannya sebagai bahan perbualan.

Rata-rata netizen berkata mereka tiada masalah dengan pakaian yang dikenakan Izara, tetapi veil atau selendang yang dipakai itu agak tidak kena dan kononnya agak menganggu.

Veil Izara Jadi Bahan Bualan Orang Ramai? Nah Kapsyen Datuk Rizalman Ibrahim Memang Win! Veil Izara Jadi Bahan Bualan Orang Ramai? Nah Kapsyen Datuk Rizalman Ibrahim Memang Win! Veil Izara Jadi Bahan Bualan Orang Ramai? Nah Kapsyen Datuk Rizalman Ibrahim Memang Win! Veil Izara Jadi Bahan Bualan Orang Ramai? Nah Kapsyen Datuk Rizalman Ibrahim Memang Win!

IKLAN

Namun melalui sebuah posting di Instagram, MH ada terjumpa kata-kata dari pereka pakaian ini, menurutnya di malam majlis pernikahan Izara orang ramai akan melihat sati trend baru dalam rekaan persalinan pengantin.

Jadi tidak hairanlah mengapa pakaian Izara agak lain daripada yang lain.

IKLAN

Malah Rizalman turut menjelaskan untuk membuat pakaian tersebut bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan.

Rizalman turut memberitahu dia telah menjelajah dunia untuk dapatkan inspirasi khas buat pakaian pengantin Izara.

“To my adik @izaraaishahofficial … I travelled the world to find inspirations for your wedding, when u menangis on my shoulder last night thanking me on everything , i baru teringat you used to say this.. ‘cek takmau kawen klw abang Rizalman tak mau buat wedding cek’ Sebab tu la cek pon tak kawen pasai takdak RIZALMAN boleh buat wedding Rizalman,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

To my adik @izaraaishahofficial … I travelled the world to find inspirations for your wedding, reading and finding those historic silhouette as early as early 18th centuries frm abroad and local, from museums to palaces.. Sourcing the material and implementing the new couture technics, hours of labors were needed to finish this masterpiece… attended various theatres in overseas to watch and learn the staging and lighting effects in order to create those ‘nikah and drama’ elements…when u menangis on my shoulder last night thanking me on everything , i baru teringat you used to say this.. ‘cek takmau kawen klw abang Rizalman tak mau buat wedding cek’ Sebab tu la cek pon tak kawen pasai takdak RIZALMAN boleh buat wedding Rizalman #rizalmanbrides

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Dalam masa yang sama pereka pakaian ini juga telah memberitahu semua pengikutnya ini merupakan ‘muse’ untuk Rizalman For Zalora 2018.

Announcing the Muse for #rizalmanforzalora2018.

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Apapun bagi MH, kami kurang bersetuju dengan individu yang memberi komen negatif tentang pakaian ini.

Bagi kami ia sangat luar biasa dan cukup kena dengan konsep Rizalman mahukan kelainan dan lari dari klise. Malah kami rasa, jika kita takut untuk berubah, sampai bila-bila kita akan tetap begitu sahaja. Good Job Rizalman!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI