Nampaknya berita penangkapan seorang datuk yang dipercayai seorang pelakon kerana mengasari seorang pegawai polis dan dua orang awam menjadi berita hangat untuk hari ini.

Seperti yang semua tahu, individu yang dimaksudkan itu adalah Datuk Farid Kamil, sungguhpun ramai yang cuba mendapatkan penjelasan daripada isterinya Diana Danielle, namun Diana meminta semua orang untuk memberinya sedikit ruang untuk menyelesaikan masalah ini.

Namun terbaru menerusi Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din telah mengesahkan dan mendapati suspek yang ditahan tersebut positif dadah jenis ganja!

[UPDATE] Tampar Polis, Farid Kamil Sah Positif Dadah!

IKLAN

“Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah.

 

“Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,” jelasnya.

Melalui laporan yang sama, Farid Kamil kini disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah. Farid akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok untuk tahanan reman.

Tengah hari tadi, Farid telah ke balai polis kononnya untuk melaporkan sebuah kes kemalangan, namun secara tiba-tiba farid telah menunjuk whatsapp kepada pegawai yang memaparkan artikel mengenai 300 nama pelakong yang meminjam ahlong, secara tiba-tiba Farid bertindak agressif dan menampar pegawai yang bertugas.

IKLAN

Farid yang ditemani rakannya, bertindak ganas terhadap dua orang awam yang berada di balai polis tersebut lalu menendang mereka tanpa sebab.

IKLAN

Oleh kerana itu, Farid telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Aduh kenapa jadi macam ni Farid? MH sungguh simpati dengan nasib isteri dan anak-anaknya yang masih kecil. Bagi MH kes seperti ini sebagai selebriti memang tidak patut terjadi. Patutnya dengan pangkat yang ada dan diterima haruslah menjadi contoh yang baik pada semua orang. Bukanlah perkara seperti ini. MH harap Diana bersabar dan terus kuat untuk lalui perkara ini.

SUMBER : Berita Harian 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI