Uncategorized

Upacara Pengebumian Jonghyun, SHINee Penuh Airmata

Share

Pasti ramai yang masih terkejut dengan berita kematian bintang Kpop, Jonghyun SHINee pada 18 disember yang lalu bukan?

Jonghyun dilaporkan membunuh diri disebabkan mempunyai masalah kemurungan yang teruk menyebabkan dia tidak mampu untuk meneruskan kehidupannya.

Saat paling menyedihkan apabila menyaksikan upacara pengebumian Jonghyun diiringi rakan baik dan keluarga tercinta. Malah, turut dihadiri peminat mendiang di majlis pengebumian tersebut.

Lebih dari 300 peminat berkumpul semasa proses mengalas keranda. Apabila kereta membawa keranda bergerak, kira-kira 1000 peminat berkumpul melihat penyanyi itu buat kali terakhir.

Ahli kumpulan SHINee,Onew,Taemin, Minho dan turut disertai ahli kumpulan Super Junior Leeteuk, Donghae dan Eunhyuk yang berada dibaris hadapan mengangkat keranda.

Proses mengalas keranda diketuai oleh Minho SHINee dan kakak mendiang Jonghyun. Terlihat kakak mendiang begitu sedih memegang gambar adiknya dengan diiringi tangisan.

Sepanjang proses pengebumian, terdengar suara tangisan dari orang ramai termasuklah rakan artis, keluarga dan para peminat.

Walaupun siapa Jonghyun ataupun korang bukan peminatJonghyun mahupun peminat artis Korea, suatu kematian adalah suatu yang menyedihkan, pergi tak akan kembali lagi.

MH kongsikan buat korang gambar sepanjang proses tersebut. Walaupun tiada talian darah, melihat gambar-gambar ini turut mengundang sebak di hati MH.

Onew

Key

Taemin

Eunhyuk and Leeteuk

Donghae

Siwon

Seohyun and Hyoyeon

Sooyoung

Taeyeon, Yoona, and Krystal

Yuri

Yeri

Kangta

 

IKLAN