Agaknya kan kalau lah korang berkesempatan untuk bertemu dengan aktor kegemaran, apa perasaan korang? Mesti gembira kan?

Itulah yang dirasai oleh 100 peminat bertuah semalam apabila berpeluang bertemu dengan pelakon Korea Selatan, Gang Dong-won dalam satu sesi peribadi bersama aktor tersebut di Hotel Hilton.

Mana taknya, ada peminat yang sanggup datang dari negeri lain seperti Johor dan Sarawak semata-mata untuk bertemu dengan pelakon tersebut, malah MH difahamkan bahawa ada juga peminat yang datang dari Jepun demi Dong-won!

Untungnya! 100 Peminat Bertuah Dapat Bertemu Aktor Gang Dong Won

IKLAN

Dalam sesi tersebut, 50 peminat turut memperolehi autograf aktor tersebut menerusi cabutan bertuah.

Apa yang menarik perhatian MH adalah semasa sesi soal jawab bersama peminat berlangsung dan terdapat beberapa soalan yang mengundang tawa mereka yang hadir pada malam semalam.

“Jika anda boleh memilih untuk terlibat dalam salah satu program ‘variety’ di Korea Selatan, yang mana satu pilihan anda?” tanya seorang peminat.

Jawapan Dong-won, 37 tahun bagaimanapun mengundang tawa peminat yang hadir.

IKLAN

“Program ‘variety’ saya tamat dengan rancangan ‘Infinite Challenge’, tapi sebenarnya saya tidak begitu selesa untuk terlibat dengan rancangan sebegitu kerana sukar untuk saya berkomunikasi dengan orang baru.

“Dalam lakonan, ya, memang akan jumpa orang baru juga namun di dalam program ‘variety’ lepas jumpa orang itu kena main permainan pula, itu yang saya tidak selesa,” jelasnya.

Sementara itu, ada juga peminat yang bertanyakan grup idol kegemarannya dan sekali lagi jawapan Dong-won mengundang tawa orang ramai.

Untungnya! 100 Peminat Bertuah Dapat Bertemu Aktor Gang Dong Won

IKLAN

“Kumpulan Idol kegemaran saya juga turut berakhir semasa ‘Girl’s Generation,” jelasnya lagi.

Dia juga sempat menyanyikan beberapa rangkap lagu kumpulan tersebut iaitu ‘Gee’.

Selain itu, Dong-won juga berkongsi bahawa watak yang dia ingin bawakan merupakan watak seorang adiwira.

“Saya teringin nak bawakan watak adiwira sebab nak ada ‘superpower’, watak ‘superhero’ yang saya suka pula adalah ‘Quicksilver’ dalam filem Marvel.

“Sebab saya boleh pergi ke mana sahaja dengan pantas dan juga orang tak boleh nampak saya,” katanya lagi.

Sesi peribadi bersama peminat berlangsung selama 1 jam setengah dan diakhiri dengan sesi bergambar dengan semua yang hadir.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI