Categories: Uncategorized

“Untukmu Malaysia,”- Joe Flizzow Cipta Sejarah Dinobat Sebagai Penghibur Terbaik Asia Tenggara di MTV EMA Award 2018

Share

Rapper, Joe Flizzow mencipta sejarah menjadi anak Malaysia pertama memenangi anugerah Best South East Asia Act di MTV EMA yang berlansung pada Ahad di Bilbao, Spain.

Menurut Joe, dia berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya daripada hari pertama sehinggalah dia dinobatkan sebagai penghibur terbaik.

Rasa terharu itu dikongsikan oleh Joe yang ketika ini berada di Spain bagi menghadiri majlis anugerah berprestij tersebut.

Dalam pada itu, Joe juga ada memuat naik beberapa gambar serta video ketika berada di majlis anugerah tersebut yang turut dihadiri selebriti popular dunia seperti Dua Lipa, Linsay Lohan, Terry Crews dan ramai lagi.

Dikesempatan itu, rata-rata peminat dan rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah kepada penyanyi lagu Sampai Jadi itu diatas pencapaian yang membanggakan ini.

Wah, hebat betul pencapaian Joe ni ye! Sehinggakan MTV pun turut menghargai bakat dan sumbangan beliau terhadap industri muzik di Malaysia mahupun Asia Tenggara. Tahniah!

Foto: Instagram Joe Flizzow

IKLAN