Pelawak dan usahawan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, tampil memberi penjelasan berhubung kejadian kereta jenis Toyota CHR berwarna kuning miliknya yang ditunda oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.

Menurut Shuib, kenderaan tersebut telah ditunda kerana kesalahan meletakkan kereta di lokasi yang tidak sepatutnya.

“Untuk Yang Kecam…,” – Salah Parkir Jadi Punca Kereta Ditarik, Shuib Tenang & Enggan Panjangkan Isu

Malah dia juga memaklumkan, isu ini tidak perlu diperbesarkan memandangkan kenderaan tersebut telah ditemui dalam keadaan baik.

“Kereta itu ‘misplace’ (salah letak) sahaja sebenarnya, saya tak mahu panjangkan lagi hal ini.

“Kereta itu sudah pun dijumpai. Jadi, saya anggap cerita ini sudah habis. Ia berpunca sebab salah parkir sahaja.

Ads

“Kereta dalam keadaan baik. Mamat yang maklumkan kereta itu ada di MBSA,” katanya kepada MH.

Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran program realiti terbaharu terbitan Astro, Talk To My Manager, di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

“Untuk Yang Kecam…,” – Salah Parkir Jadi Punca Kereta Ditarik, Shuib Tenang & Enggan Panjangkan Isu

Ads

Shuib Hargai Sokongan, Tak Layan Kecaman

Dalam pada itu, Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin dan sudi membantu mengesan kenderaannya ketika kejadian berlaku.

“Untuk Yang Kecam…,” – Salah Parkir Jadi Punca Kereta Ditarik, Shuib Tenang & Enggan Panjangkan Isu

Namun begitu, dia juga tidak mengambil peduli terhadap pihak-pihak tertentu yang mengeluarkan pelbagai tuduhan dan kecaman berhubung situasi itu.

Ads

“Orang hendak tolong carikan sebab rakyat Malaysia memang prihatin.

“Untuk yang kecam dan beri pelbagai andaian itu macam mana lagi, hadap sahaja. Saya okay sahaja. Itu kereta untuk hantar anak ke sekolah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Shuib telah berkongsi di Instagram bahawa keretanya didapati hilang di kawasan parkir sekitar Shah Alam, sejurus selepas selesai urusan di Mahkamah Shah Alam.

Pada ketika itu, dia mengakui agak terkejut dan tidak pasti sama ada kenderaannya telah dicuri atau ditarik oleh pihak berkuasa, justeru meminta bantuan orang ramai untuk membantu mencarinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads