Pelakon dan pengacara, Nabil Mahir secara terbuka memberi amaran bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya masih ada yang menggangu tunangnya yang juga merupakan selebriti popular, Ayda Jebat.
Amaran tersebut dibuat Nabil selepas Ayda dikatakan sering menerima mesej berbaur lucah menerusi ruangan direct massage (DM) di laman Instagram.
“Yang pedang tu untuk you guys yang batang gatal tak abis-abis nak DM benda tak senonoh kat my fiancée.
“Grow up and stop memperbodohkan diri. Banyak sangat masa korang siap buat account baru bila kene block.
Ads
“Korang tau kan kalau kitorang make official report, korang boleh kene trace?
“Warning have been made,” tulisnya.
Jelas Nabil lagi, individu-individu berkenaan dilihat langsung tidak serik untuk melakukan perkara terkutuk itu meskipun akaun mereka sudah kerap kali disekat.
Ads
Peringatan tersebut dikongsikan oleh Nabil menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen mencadangkan Nabil supaya mengheret perkara ini kepada pihak polis.
Ads
Terdahulu, Nabil dan Ayda telah selamat mengikat tali pertungan mereka pada tanggal 28 April 2020.
Apa yang menariknya, majlis pertunangan tersebut telah pun berlangsung secara atas talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19.
Sumber: Instagram Nabil Mahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil menjawab spekulasi yang mendakwa dia dikatakan tidak profesional sewaktu menjadi tetamu undangan sebuah stesen radio baru-baru ini.
Meski namanya tidak disebut menerusi satu artikel yang berkaitan, namun ramai yang menganggap insiden tersebut merujuk kepada dirinya.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu perkara seperti ini boleh dijadikan isu dan sekiranya dia ada membuat kesilapan, dia sepatutnya diajak berbincang secara matang.
“Saya dalam industri ni tidaklah lama, saya juga masih baru dan yakin ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.
“Mungkin itu adalah salah satu perkara yang saya terlepas pandang ketika itu. Saya rasa okay untuk buat perkara sedemikian.
“Pada masa itu pun saya tak rasa yang saya seperti sedang berkerja kerana saya anggap semua seperti kawan-kawan saya.
“Sekiranya ada masalah, saya pasti mereka boleh bercakap pada waktu itu juga dan tidak sepatutnya jadi bahan penceritaan untuk orang ramai,” katanya.
Tambah penyanyi lagu Peluang Kedua itu lagi, program tersebut difahamkan telah pun dibatalkan namun Nabila tetap juga hadir bagi memenuhi jemputan pada saat akhir.
“Kalau nak diikutkan, program tersebut dibatalkan saat akhir, namun dipanggil semula. Lalu saya tetap hadir bagi menjalankan tugas promosi projek terbaru saya.
“Jadi saya tak rasa itu satu isu yang besar dan patut dibahaskan ketika ini. Semuanya boleh dibawa berbincang,” katanya kepada MH.
Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Nabila menjelaskan dia sebolehnya tidak mahu membuat sebarang masalah termasuk dengan pihak media.
Pada masa sama, dia turut memohon maaf andai ada tingkah sebelum ini mengguriskan hati sesiapa dan berharap agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Azar Azmi ada memberikan pandangan serta luahan susulan video seorang jemaah yang telah ditampar dan ditendang pada bahagian muka di dalam Masjid Felda Palong Tujuh, Jempol, sehingga tular di media sosial, baru-baru ini.
Menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu perkara sepatutnya berlaku, Azar turut bertegas mengenai kepentingan untuk menghormati insan yang lebih tua.
“Kalau setakat terkena SEJADAH kau nak mengamuk macam ni. Allahu tak kisah la apa level kau, tinggi mana pun darjat kau kalau kau tak reti nak hormat orang tua, kau yang patut kena kaki.
“Belum lagi berasak berpusu-pusu dekat mekah kena tolak tarik dengan berjuta manusia kat sana. Tak tahu pulak la macam mana dia punya mengamuk agaknya.
“Tuhan bagi otak untuk berfikir. Tuhan bagi tangan untuk membantu. Tuhan bagi kaki untuk memudahkan. Mohon fikir sejenak,” tulisnya lagi.
Lampiran video viral tersebut turut dikongsikan Azar pada posting di Instagram dan sudah mendapat lebih 80,000 tontonan.
Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif sebagai yang dipetik berkata, suspek berusia 60-an itu sudah dipanggil bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Foto: Instagram Azar Azmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah, Ustazah Asma Harun mendoakan Fathia Latiff terus istiqamah, terus kuat dan tabah seterusnya menjadi wanita solelah.
Harapan tersebut diberikan ustazah berkenaan selepas mendapatipelakon dan penyanyi tersebut turut hadir ke ceramahnya, baru-baru ini.
“SubhanAllah, @fatiyalatiff ke ni.. ustazah dah perasan tadi, macam pernah tengok..maaf sangat dik lama menunggu, terima kasih sudi hadir ceramah dan datang galeri ya”
“Sejam lebih fathiya dan kawan²nya sabar menanti saya selesaikan beberapa urusan usai ceramah.
“Ustazah, doakan saya ya, jadi orang baik, terima kasih banyak² atas ilmu ustazah, rasa teruja sangat dan tak sangka dapat jumpa ustazah. Rasa nak peluk² je”, tak semena² kami sama² mengalirkan air mata.
“Fathiya, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh…”
“Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik², kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh, terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa fathiya..”
Kami teruskan perbualan sambil saya menuliskan autograf, fathiya ada hadiahkan tudung daripada jenamanya. Semoga lebih ramai wanita menutup aurat dengan baik,” tulisnya.
Asma pada masa sama turut mengalu-alukan kehadiran rakan selebriti demi merapatkan ukhwah.
“SubhanAllah, saya sangat mengalu²kan kehadiran rakan artis sekalian, saya nak berkawan dan berkenalan, siapapun anda, bagaimanapun penampilan anda, janganlah segan dan malu dengan saya.. Saya baik je, nampak je macam tegas garang, tapi ok je sebenarnya.. done claim.
“Jemputlah datang ke galeri kami di senawang, N9, insyaAllah pejabat saya ada di bahagian atas, ada rezeki dapatlah kita jumpa. Boleh kita saling tolong menolong di dunia, lagi² kita nak tolong menolong di Akhirat sana.
“Kalau bukan artis ustazah nak jumpa ke, subhanAllah.. Saya jumpa dan raikan semua orang, sedaya upaya saya cuba. Cuma mungkin kadang² masa tak mengizinkan. Ada rezeki saya suka bina ukhuwah,” tulisnya panjang lebar.
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...