
Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida ada berkongsi cerita pada usia remajanya.
Kongsi Shahida, dia telah mula mengenakan hijab seawal dirinya berusia 13 tahun selepas dipaksa oleh bapanya.
“Orang paling penting dalam kehidupan saya. Dulu masa saya kecik bapak saya garang mak saya sporting.
“Masa umur saya 13 tahun ayah saya suruh pakai tudung, tidak tak dia kata kalau tak pakai tudung tak boleh keluar rumah!
“Sudahnya saya mmg pakai tudung, tapi bila dah keluar ayah saya dah hilang dari pandangan saya pun buka tudung.
“Nak sampai rumah pakai tudung balik, nakal sungguh saya,” tulisnya pada posting yang mengabadikan foto bersama kedua orang tuanya di Instagram.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian usahawanita ini.

Foto: Instagram Datin Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Pelakon senior, Edika Yusof mengulas mengenai satu posting yang dikongsikannya di Instagram, ketika meraikan ulang tahun ke-18 perkahwinan bersama isteri, Norhidayah Yusri, 43, menjadi tular di media sosial.
Memetik Harian Metro, bintang berusia 53 tahun tidak menyangka perkara tersebut akan menjadi perhatian.
“Sejujurnya saya jarang buat hantaran berkenaan isteri saya. Tak sangka pula hantaran berkaitan ulang tahun perkahwinan kami menjadi tular.
“Berkenaan perkara ini, saya setia menjaga Isteri. Bagi saya, sebagai suami saya cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
“Bagi saya tanggungjawab adalah perkara utama dan keduanya disebabkan perasaan cinta dan kasih sayang.
“Saya bersyukur Allah panjangkan jodoh kami dan juga Allah berikan kami kekuatan dalam mengharungi dugaan ini,” katanya.
Menurutnya, biarpun keadaan isterinya yang lumpuh dari dada hingga hujung kaki, mereka sekeluarga cuba untuk menjalani kehidupan senormal yang mungkin.
“Walaupun dengan lumpuh separuh badan, isteri saya mencuba apa yang terbaik dia boleh lakukan. Anak-anak juga banyak membantu,” katanya lagi seperti yang dipetik.
Aktor yang sinonim menerusi filem Maria Marian ini jga pada masa sama enggan mengulas pujian warganet yang membandingkan kesetiaannya terhadap isteri, yang lumpuh sejak 16 tahun lalu dengan orang lain.
Jelas Edika, dia sebenarnya tidak selesa apabila setiap kali ada isu berkaitan selebriti, akan dibandingkan dengannya.
Baginya, setiap bahtera perkahwinan itu mempunyai dugaan tersendiri.
“Semua orang akan melalui dugaan masing-masing. Setiap perkahwinan juga ada dugaannya tersendiri.
“Bagi saya perkahwinan ialah tanggungjawab bersama dan susah senang kita mesti hadapi bersama. Isteri adalah jodoh dan teman sejiwa, bukan pembantu rumah.
“Bersama kita berkongsi tanggungjawab termasuk rutin harian, jaga anak, kerja-kerja rumah dan juga memasak,” katanya.
Menurutnya lagi, adalah tidak adil juga jika warganet menyentuh isu rupa dan kesetiaannya terhadap isteri dengan selebriti lain.
“Rupa tidak memainkan peranan. Setiap orang mempunyai cara dan pemikiran yang berlainan.
“Apa yang boleh saya katakan di sini, mungkin saudara (selebriti) kita ada masalah tersendiri. Biarlah kita sama-sama belajar daripada kesilapan dan doakan yang baik-baik sahaja.
“Siapa kita untuk menilai mereka kerana kita juga tidak sempurna,” katanya yang setia menjaga isterinya yang lumpuh sejak 16 tahun lalu.
Untuk rekod, Edika bersama isteri dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Sumber, Foto : Harian Metro, Instagram Edika Yusof, Majalah Nona
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pelakon, Elfira Loy mendedahkan dirinya ada mendapatkan khidmat ujian saringan Covid-19 secara bergerak di rumahnya sebagai langkah berjaga-jaga berdepan penularan wabak tersebut.
Menurut Elfira, meskipun dia telah mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, namun dia tetap berasa bimbang memandangkan jumlah kes semakin meningkat saban hari.
“I never wanted to do the swab test because i believe , i am home most of the time , i always sanitize and wear mask whenever im out.
“Tapi dengan keadaan sekarang ni , kita tengok banyak case orang yang positive tak tahu pun macam mana dia boleh positive,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, ibu kepada seorang anak ini memaklumkan ujian tersebut harus dibuat memandangkan dia juga ada keluar bagi menghadiri beberapa sesi pengambaran baru-baru ini.
“Jadi since el ada jugak keluar for shooting , el decided to take the test at home. @kumpulan_megaklinik_zahran Boleh datang rumah , cuma kena book awal and tengok kawasan jugak sebab everyday team diorang keluar buat mobile test.
“Banyak tempat dah start orang mula beratur or kena take turn. Jadi kalau korang nak test jugak for precaution boleh buat je rapid test ( RTK ) untuk tau fast results . Alhamdulillah , mine is negative,” kongsinya lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram story pula, Elfira mengakui dirinya turut berasa kesian saat melihat anaknya yang baru berusia setahun turut sama menjalani ujian swab.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Elfira dan keluarganya terhidar daripada wabak berkenaan.
Sumber: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman tampil memberikan penjelasan berhubung videonya yang dilihat seperti melakukan sujud syukur selepas papan iklan billboard produknya, Mikaseries dipasang di lebuh raya, baru-baru ini.
Penjelasan tersebut dibuatnya selepas video yang dikongsikan di Instagram miliknya itu mendapat reaksi pelbagai seterusnya mengundang kecaman warga maya.
Memetik Harian Metro, Zoey berkata dia merujuk kepada jenama lokal baharu yang berada di pasaran.
A post shared by 👾 (@zoeyrahman)
“Ramai yang sudah salah faham. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kebanyakan billboard membabitkan produk lokal adalah jenama yang sudah lama dan dikenali ramai. Tapi, untuk jenama baharu macam saya, memang jarang sekali ada.
“Disebabkan itu saya berkongsi di media sosial. Saya mahu ia menjadi inspirasi kepada ahli perniagaan baharu atau mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Supaya selepas ini ada banyak lagi produk lokal yang boleh berjaya.
“Kalau saya boleh dapat dan berjaya mencapai apa yang diusahakan selama ini, kenapa tidak orang lain? Ini yang saya mahu ajak kepada semua.
“Daripada kita asyik mencari salah orang dan mengata yang bukan-bukan, apa kata untuk kali ini kita buka mata dan melihat dari sudut positif,” katanya seperti yang dipetik.
Zoey pada masa sama berpendapat, tidak ada apa yang salah di atas perbuatannya itu.
“Kalau pemain bola boleh sujud syukur di padang, kenapa saya tidak boleh? Lagi pula, apa dibuat itu sebagai tanda saya mensyukuri nikmat dan rezeki pemberian Allah SWT.
“Saya percaya setiap ahli perniagaan bercita-cita untuk memiliki billboard sendiri. Malah, tentu sahaja mereka bangga jika ia dapat dilaksanakan. Begitu juga saya.
“Tidak ada istilah nak riak atau menunjuk. Nanti kalau saya tak kongsi, orang akan tanya pula kenapa tak buat macam orang lain. Apabila kongsi, kena kutuk pula. Apa pun, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.
“Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buat saya dan menyokong produk saya. Kepada yang mengata itu, tidak mengapa, saya maafkan anda. Saya okay saja,” katanya.
Terdahulu, Zoey terharu dalam syukur apabila dua buah billboard yang memaparkan jenamanya berjaya menembusi dan dinaikkan di Lebuh raya Federal.
Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 75,000 kali.
Sumber, Foto: Harian Metro, Instagram Zoey Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

