Usahawan, Tya Arifin akui rindu akan kampung halaman di Indonesia selepas lapan bulan tidak pulang akibat sekatan untuk operasi penerbangan yang disebabkan wabak pandemik Covid-19.
Perkara itu dikongsikan menantu DS Siti Nurhaliza itu di Instagram miliknya.
“Pak Muhyiddin, Malaysia udah boleh balik kampung ya? Kalo aku gimana Pak @muhyiddinyassin_official kampungku di Indonesia?
“Udah 8 bulan ga (tidak) balik kampung pak,” tulisnya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.
Bagimanapun, sempadan negara, pub, kelab malam, pusat karaoke dan rumah terbuka masih tidak dibenarkan.
Foto : Instagram Tya Arifin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kini mencecah usia lebih tiga tahun, keletah permata hati kakak kepada penyanyi, Ella iaitu Jojie Aminuddin cukup menghiburkan wargamaya apabila si ibu kerap kali berkongsi aktivitinya di Instagram.
Dijaga dengan sepenuh kasih sayang bersama suami Syahrizal Ismail sejak dua minggu kelahiran Maryam, kanak-kanak comel itu juga turut mempunyai akaun Instagram sendiri yang diuruskan penjaganya.
Mendirikan rumah tangga pada 1 Mac lalu, sehingga kini pelawak, Mamat Sepah tidak menyangka apabila disatukan dengan isteri yang memiliki ‘pakej’ lengkap.
Kongsi Mamat, dia terharu apabila isterinya, Diana Ibrahim menerima lamarannya sebagai penyeri hidup.
“Mcm langit dan bumi.. Di sudut hati isteri sya msti mikir kan nape la laki dia mcm ni,msti dia xpnah tpikir akn bkawin dgn lelaki rambut panjang mcm saya.
“Yela sekeliling kt tmpat keje dia sume org yg smart dan berdisplin,balik je umah jmpe laki rambut mcm org kt lokap,kadang yg kt lokap tu lg smart dri laki dia..dia kna trima hakikat kawin dgn rockers sejati.
“Sape sruh awk terima pinangan saya dlu????…pdan muka ko dpt laki rambut sama panjang. Luaran tidak mnjanjikan ape2…yg penting???? Tolong sambung,’ tulisnya.
Pendakwah bebas, Ebit Lew memuat naik rakaman sambutan hari lahir istimewa buat isteri tercinta.
Dia menitipkan rasa syukur atas kurniaan wanita paling sempurna dalam hidupnya.
Malah jelas Ebit, dia kini sentiasa dirahmati atas berkat doa ibu, bapa dan isteri.
Malah pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan empat zuriat turut diluahkan dalam entri terbaru Instagramnya.
“Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi benar bersyukur pada Allah. Selamat hari lahir bidadariku tercinta. Terima kaseh bidadari abang sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini.
“Bahagia bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik yang mengaturkan segalanya.
“Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal.
“Terima kaseh kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang.
“Terima kaseh 4 kali hampir ‘mati’ melahirkan anak kita. 4 kali mati untuk abang. Abang takde korban apapun.
“Terima kaseh Allah atas semua nikmat dalam hidup ini. Syukur Allah hadiahkan bidadari disisi menemani perjuangan ini. Rindu dapat berjuang di jalan Allah.
“Membantu orang miskin dan anak yatim. Dirimu segalanya dalam hidup ku. Isteriku Bidadari. Hidup didunia saat rasa penat,pedih sakit,Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini.
“Terima kaseh sayang bidadariku. Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini-ebitlew,” luahnya.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya