Sekarang ini, MH lihat isu berkaitan Iqram Dinzly kembali hangat di media sosial, apatah lagi muncul kes terbaru apabila seorang rakan artis ‘menasihati’ Iqram agar dia membunuh diri.

Dalam pada itu, Iqram juga dilihat memuat naik video menerusi laman Instagram miliknya meminta maaf kepada keluarga dan orang ramai di atas ketelanjuran kata-katanya selama ini sambil menangis teresak-esak.

Ucapan Khas Damian Mikhail Buat Iqram Dinzly Curi Perhatian

Ads

Sementara itu, salah seorang rakan Iqram yang merupakan bekas anggota VE, Damian Mikhail terus memberikan sokongan pada pelakon tersebut.

Ads

“Biarpun seseorang itu tidak pergi solat, usahlah membenci dan memaki dia. Berikan tangan kamu dan pimpinlah dia ke Masjid.

“Haters gonna hate…Netizen yang suka mengecam orang yang diuji adalah sampah sarap dunia dan juga alam maya.

“Mereka rasa diri mereka penting dan dapat perhatian dengan komen-komen kejam dan kutuk mengutuk mereka itu,terutamanya bila artis, dia punya pergi lain macam.

“Dunia zaman sekarang ni, manusia hidup berlandaskan “apa orang lain fikir” dan ‘public gratification'”

“Berbeza dgn kami.. We don’t give a… Orang yg bebas dan mahu mencari kebenaran akan dianggap gila dan dijadikan bahan lawak jenaka dan tempat netizen sampah melepaskan geram untuk dijadikan bahan agar dapat LIKES dan virtual gratification ini.

“Aku tulis panjang-panjang tak guna. Silap2-silap Gratification pun orang-orang Wicet ni tak faham. Puii… Stay strong brother. Keep Allah as your focus in doing anything. I got your back brother,” tulisnya.

Ucapan Khas Damian Mikhail Buat Iqram Dinzly Curi Perhatian

Ads

Bagi MH, ada betul juga apa yang diperkatakan Damian ini, Maklum sahajalah, manusia terlalu mudah buat tanggapan tanpa ambil kira sama ada ia betul ataupun salah, harapnya lepas ini, jangan lah begitu mudah buat spekulasi ya.

sumber: IG Damian Mikhail

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI