Penyanyi senior, Azian Mazwan Sapuwan ada menitipkan ucapan buat Allahyarham anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21 hari ini.
Menurut Azian, sudah menjadi kebiasaan bagi seorang ibu untuk memperingati tarikh-tarikh penting mengenai anak mereka namun menyifatkan ucapannya pada kali ini tidak akan dibalas.
“09.10.2020 Selamat ulang tahun kelahiran anakku Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain.
“Menjadi kelaziman seorang ibu akan mudah mengingati tarikh-tarikh penting apa lagi zuriat sendiri & saya selalunya mahu menjadi orang yang pertama ucapkan Happy Birthday buat mereka.
Ads
“Berbeza kali ini ucapan saya tidak berbalas tapi saya yakin Allah mendengar doa saya buat anak saya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta Embun Pagi itu turut mendoakan agar dirinya dapat bertemu dengan anaknya itu di syurga nanti.
Ads
“Ya Allah, jadikanlah anak kami yang telah Kau panggil menjadi penunggu kami dalam Syurga mu. Aamiin yra.
“Sudi kiranya sahabat-sahabat saudara semua menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat anak saya.
“Allahummagh firlahu warhamhu wa a’fihi wa’fu anhu buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain aamiin yra,” kongsinya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa malah turut berharap agar Azian diberikan kekuatan bagi menempuh dugaan ini.
Terdahulu, Allahyarham Aqil memghembuskan nafasnya yang terakhir pada 16 September 2019 selepas terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan kerosakan organ dalaman.
Sumber: Instagram Azian Mazwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Reen Rahim ada berkongsi tips untuk mengekalkan kebahagiaan hubungan percintaan bersama pasangan.
Reen memberitahu kaum lelaki harus memberikan sepenuh perhatian kepada pasangan jika ingin menjalinkan hubungan percintaan.
Bukan itu sahaja, bintang drama bersiri Pujaan Hati Kanda ini berpesan adalah sangat penting untuk kaum lelaki membuatkan pasangan berasa gembira dan ceria selalu.
“Attention kepada para boyfriend
Dik perempuan nie senang je dik nk bg die happy . Make sure die makan on time(KENE SEDAP)
“Lepas tu,kalau die kate die dah gemok,ko jangan berani yea kan kegemukkan die,mampos die taknak makan,bile die tak puas makan.
“Dia tak happy,bile die tak happy mampos lah ko dik ..nak layan moody die,over thinking die,angin die,cemburu die semua serbe tak kene lah.
“sampai lah abang jamil mampos ko pon mampos.
“SEKIAN TIPS UTK ADIK2 yg tercari2 ape masaalah gf die.oh yes,lagi satu ATTENTION KENE 200% kat die baru lah ko aman dan makmur,if belum ready ko single je lah dulu dik.
“Ha perempuan yang baca caption nie jangan nk senyum2,BETUL KAN?,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Reen Rahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini pelakon, Faezah Elai telah dijemput untuk menjadi tetamu undangan di saluran Youtube penyanyi, Zarul Umbrella bagi berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar pramugari satu ketika dahulu.
Bagaimanapun, perbualan di antara Faezah bersama Zarul telah pun disalah ertikan segelintir pihak yang menganggap mereka seolah-olah memperlekehkan golongan tertentu.
Tidak mahu isu dibiar berpanjangan, Faezah tampil untuk menjelas mengenai kekeliruan tersebut.
“Dalam video interview saya bersama dengan @zarulumbrella tentang life when i was a cabin crew, ada saya sebut jika anda ada masters or PhD tapi tak pernah travel compare orang yang mungkin hanya ada SPM tapi selalu travel especially solo traveller, experience diorang ni lebih banyak and they are more open and wiser.
“Tak semua orang mampu belajar sampai degree, sometimes bukan sebab duit, tapi tak semua orang mampu untuk duduk dan membaca buku. Ada yang suka kutip ilmu melalui jumpa pelbagai orang, culture and religion.
“Saya tak cakap jangan belajar masuk universiti, sebab saya pon belajar sampai universiti.
“Alhamdulillah dapat peluang untuk lihat ciptaan Allah di luar, belajar tentang sabar bila kena maki, belajar tentang erti syukur, bila kena serve orang makan, belajar sedar diri, kita tak hebat mana pon walau ketika tu, gaji 8 ke 10k sebulan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon filem Tanda Putera itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Faezah turut mengingatkan semua pihak agar menghormati kerjaya orang lain jika mahu dipandang tinggi.
“So Alia Suid,since you dah block i, my advice is, if your degree buat you jadi arrogant, and takde adab, biar lah bodoh. Semalamku, U are a father and how are u gonna teach your children about ‘Adab’ when u dont even have one.
“Hormat lah perkerjaan orang lain walaupon cuci jamban, sebab hati dan iman dia mungkin jauh lebih mulia daripada kita yang kononnya rasa pandai tapi takde adab. Sendiri mau ingat. #selfreminder jugak.
“But if my words hurt anyone then i truly apologize. P/S : Dak lani apa masalah dengan cuci jamban ni? Hang tak penah cuci jamban ka? Habis siapa dok cuci jamban rumah hang? I dont post this untuk ampa kecam dia na.
“Tapi untuk semua, sebab kadang-kadang kita selalu rasa diri kita hebat, walau hakikatnya kita yg buta peghot. Alhamdulillah dapat laki yang suka travel jugak walau fly 3 tahun. 3 years is more then enough,” katanya lagi.
Setelah sekian lama menyepi daripada menghasilkan lagu, usahawan dan penyanyi sensasi, Ifa Raziah kembali memeriahkan industri muzik dengan melancarkan lagu raya terbaharu berjudul Gedik Raya.